Saturday, September 26, 2009

Miss her much





Apalah yg dia faham erti sakit..I know she had suffered a lot. Everytime buat suction utk sedut phlegm, dada dia sedikit terangkat..Airmata nampak basah2 kat hujung2 kelopak mata dia..Umur 11 hari-operate usus..Umur sebulan-buat scope (masukkan kamera dlm saluran pernafasan) And ada sekali lg umur brp x ingat dia operate diaphragm...X-ray blh dikatakan selang 2-3 hari..CT scan ada la sekali kot...Semua tu dirasai oleh Nur Allysa Sumayyah dari hari pertama dia lahir sampai la hari terakhirnya..

26/09/2009 - Genap 3 tahun Allysa meninggalkan kami... Even dah dpt 2nd child, tp still... Allysa tetap di hati... And I always think of...

"Kalau la dia masih ada...."


Yang pergi tetap pergi...It's what the God determined.. And still...I always asked "Why it happened to me..Mengapa aku yg terpilih utk menghadapi ujian ini" Yours truly ni mmg rasa terkilan coz x dapat nak jaga dia sepanjang 100 hari dia hidup..Cuma boleh pergi melawat kat Wad NICU Hosp Alor Setar, talked to her, touching her here and there...and she looked at me with 1001 meaning...as if dia faham apa aku cakap...Yang paling terkilan...aku and hubby x berada dekat dia during her last breathing...

It happened on the day we celebrated our 13 months anniversary..Baru nak suap makanan...Hosp called...bgtau baby tenat...Suddenly terus x lalu makan and bergegas ke Hosp...Sampai je...Dia dah x ada..But me and hubby didn't cry at all. Dari mana datang kekuatan aku pun x tau..After several procedure, Allysa di bawa pulang ke rumah utk pengebumian and itulah kali pertama dan terakhir aku memangkunya...Comel betul mukanya bila x ada wayar berselirat mcm masa dia dlm NICU..
(Dah..dah...let's the gone be bygone...Stop kat sini aje..Air mata saya mula nak menitik...)

How would she act if she's still alive... Is she going to...

Pose like a model as what Nurin did (Wahida's cutie daughter)



Ride a bicycle kat laman rumah mcm Damia... (Ieta's gorgeous kid)



Sit on the shopping mall floor when she cudn't get a lollypop or ice cream..
(Ini anak Kak Wa yang second..Farhana... Suka tgk budak ni pose cam ni..Kulit putih gebu mcm Kak Wa juga..my exschoolmate..Kak Wa also loss her 1st child like me..)


Panjat papan gelongsor like Daniya...

(Anak Sone yg gewammm sgt bila tgk pipi dan paha dia)


Those pic kat atas adalah pic anak2 my ex-schoolmate (Sultanah Asma School)..Copyright controlled from their FB. X sangka, dulu di sekolah kebanyakan pelajar "huha-huha" now dah jadi mum..


Well, Allysa x penah dpt menikmati zaman riang kanak-kanak....And I ever said to my hubby "Kesian kat Allysa kan...."

But my hubby replied " Dia lagi kesian kat kita..Dia dah tentu2 masuk syurga..Kita ni yg x ketahuan apa lg". Iya betul tu...Mmg kami ni masih jahil...Anyway, I believe Allysa is praying for me .

Allysa...Mummy know you are resting in peace.

Friday, September 18, 2009

Geram yg bercampur aduk

Lately ni aku bz sangat.Lotsa thing need to be done. Mcm2 hal jadi. Penat la..Raya nak dekat tapi preparation x settle2 lagi..Huh!

- Mom in law kirim asam jawa Pekan Rabu. Dah lama dia ckp since aku blk kg last July. But x tau nak pi cari bila..Everyday blk keja, fetch baby kat Taska, blk umah dah kalut nak buka puasa. Pekan Rabu tau la..mmg x de parking. Sian kat my mom in law..Dah lama dia pesan.. Mcm mana pun kena gak beli before blk raya.

- Duit raya last minute baru hubby nak tukar. Mana nak dpt dah time2 lagi 2-3 hari nak raya ni.

- Beli baju kurung modern yg tgn kembang ala-ala Dato's Siti. Pegi kedai suruh bg pendek sikit. Tailor tu ckp kedai close 9.30pm. Aku sampai kedai dia lagi 2-3 min nak 9.30pm..Called dia but he's already @ home. Boleh x cam tu? Dah la susah sgt nak dpt size aku utk baju kurung modern. Yg ada mahal sgt...and kaler x berkenan. Berapa hari asyik shopping tp x jumpa2.

- Mid Ramadhan, my "baju kecik" kena curi from ampaian..Aku sidai dlm 15-17 helai camtu. Biasa la aku ni style tinggal lagi 2-3 helai baru nak basuh sekaligus. Tu yg penuh ampaian. Mmg aku sumpah sapa yg curi baju kecik tu. Aku x redha kat si pencuri tu...Aku sumpah dia ditimpa nasib malang or satu hari aku nak dia jatuh depan aku minta maaf.

- Coz of nak ganti blk baju-baju kecik tu so aku pun pi la beli lain kat mall tumpang sekarang tgh buat sales. Dah la shopping banyak helai sekali time nak bayar cashier tu lupa swipe membercard aku.. Bila aku tanya dia cakap x swipe sbb dah scan barang. Rugi la point aku kalau x swipe. Then aku ckp "Dari tadi saya tunjuk kad ni, awat x ambil swipe?" Then dgn muka masam mencuka dia ambil kad aku and minta supervisor dia reverse blk transaction and ambil kad aku dengan keadaan bebai. Aku pun ckp kuat2 kat my sis "Sapa suruh x ambik kad swipe awal2 td..Dah tu buat muka pulak!!!"

- Tgh hari td gi ATM nak draw some cash..try smpai 3 kali at the end duit x keluar.. "Out of time" coz lama sgt tunggu dia process transaction. Blk opis check CIMB online tgk2 duit kena potong dah, so pegi branch nak buat complain..system offline la pulak...Eiii.....Grrrrr....


Anyway w'pun byk sgt incident yg buat aku jd tension, tapi aku best sbb blh beli tote bag baru. Dah lama nak cari bag ni coz senang nak put diaper, btl susu, milk container, flask yg kecik and other baby's stuff... So bila kuar bawak bby x yah bawak 2-3 bag..hehe..


My new bag

Love the key-change


Consider it as my Raya Bag



Thursday, September 10, 2009

Berbuka Di KFC -19 Ramadhan

Dah lama aku teringin nak berbuka kat KFC..alhamdulillah semalam tercapai jua hajatku..hehe..We reached there just on time, kira sempat la beli b4 the time utk berbuka..Ramai gak yg still queing up by the time org dah azan..Aku tgk KFC staff dok bagi air sorg satu sementara tunggu turn nak order..Bagus la..depa ni kira sensitif la dgn customer yg dah lama dok que nak beli tapi x dpt2 disebabkan "kesesakan" yg melanda..

Icha baru sudah makan..dah kenyang..so jgn kacau mum & dad nak mkn japgi


Wherever we go, mesti nak snap a pic...Saja sekadar perhiasan..

Kat KFC ni juga ade org tegur aku..mcm kenal...ya..aku pun rasa mcm kenal dia..Borak pya borak rupanya dia dulu satu UiTM masa kat Arau, tapi dia senior satu sem..mcm ne lak leh kenal aku x pasti....Aku rasa mcm dia ada repeat paper and masuk kelas aku..Tapi segan lak nak tya dia psl repeat2 paper ni.. She did give me her name card, nnti la bila berkesempatan I call her..

Monday, September 7, 2009

Hectic Monday...as usual

As usual pagi2 Isnin mesti kalut.After sahur x tido langsung...me & hubby asyik dok discuss design nak buat plaster ceiling for our new house...konon nak tgk idea kat net tp bodband ni mekngot la pulak...Dok ralit2 dah nak dkt kul 7 pg..kebetulan time tu irsa bangun la pulak...baju x iron lg, botol2, baju irsa utk bwk ke taska x packing lagi, aku mandi pun belum..sudahnya sambil iron baju sambil kena monitor Irsa yg asyik nak turun katil...brp kali angkat letak bg duduk setempat...dia crawling pulak ke penjuru lain..

After siap2 suma, by the time nak kuar rumah...Cari kunci keta lak x jumpa and aku terus sms hubby tya mana letak kunci keta. He called and said that the keys were with him. Adus.....Ggrrr.....Aku pya la x make up sbb igt nak make up dlm keta ja..dah lmbt. Now benda jadi cmni lagi la aku x de mood nak make up. Dah la masa tu pukul 8.04 am, rumah aku di Kuala Kedah. Masuk keja 8.30, opis aku di Jitra...OTW kena hantar anak ke Taska kat Jln Stadium..Xkan nak emergency leave, Friday baru MC. Ni Monday pagi2 da buat hal. Nak x nak kena la tunggu my hubby punch card dekat opis dia di Gurun..and tunggu dia patah balik ke rumah hantar kunci kereta..Company lak cuma bagi dia Kembara, kalau Hilux ke boleh la dia tekan laju sikit. Dlm 9 lebih dia smpai rumah (in between x tau la brp sms aku send kat dia, keep asking pukul brp nak sampai rumah)..Sampai je aku terus amik kunci, start keta...jalan...Dalam tgh tekan minyak, fuel indicator lak naik kaler merah...Aku gamble. jugak..bwk 120km/hr (x berani tekan laju takut minyak cpt habis)..At the end sampai gak Jitra dlm 9.30....Dlm pada tu asyik berdoa jgn la bos dah sampai..Minta2 la dia pi factory dulu b4 masuk opis..Alhamdulillah..mmg bos x sampai lagi..Hehe..selamat...


Boring tunggu daddy kitaorg snap pic dulu. Sampai opis pun lupa make up..Pi bazar Ramadan pun...bertambah2 la huduh..oily face, pale suma ada...



Dah bosan, kitaorg menghabiskan tension kat luar rumah lak


P/S: Ini baru anak sorg, camne la kalau ada 2-3 mcm my friends yg lain