Sunday, November 1, 2009

Lelaki Ini...


Suatu ketika dulu...
Lelaki ini sering muncul dalam mimpi saya.
Lelaki ini membuatkan saya sering tersenyum seorang diri.
Lelaki ini membuatkan saya tertunggu-tunggu panggilan telefon darinya setiap malam.
Lelaki ini adalah teman computer game saya sewaktu kami sama2 bekerja di Aima Cons dulu.
Lelaki ini juga telah "dating" dengan saya selama setahun lebih, lelaki ini juga membawa saya dinner for my bday and gave bday present to me but he never said "I like You" membuatkan saya tertanya2 status kami.
Lelaki ini telah menyedarkan saya bahawa cinta bukan berlandaskan belas kasihan semata2 dan membuatkan saya memberanikan diri minta break off dari bf saya pada usia 24 tahun sedangkan saya pun x pasti sama ada lelaki ini sukakan saya atau tidak.
Lelaki ini telah membuatkan ramai orang terkejut apabila saya kata saya telah suka lelaki ini dalam diam dan menggelarkannya "Harta Karun".
Seriously saya pun x tahu mengapa saya suka kepada lelaki ini.


Dan Kini...
Lelaki ini adalah suami saya dan ayah kepada anak saya.
Lelaki ini sangat understanding dan tidak pernah menunjukkan sikap marah.
Lelaki ini tidak cerewet soal makan, tidak kisah kalau rumah kami messy, tidak kisah jika saya bangun tidur pukul 11.00.
Lelaki ini akan menyambut hari lahirnya yang ke 36 pada 3/11/2009 dan sekejap lagi saya akan keluar dengan Irsa utk cari b'day present utk dia.
Lelaki ini adalah harta karun saya buat selama-lamanya.

7 comments:

Diamilikku said...

bday man sari lepas bday aku...so sila ingat bday aku selama2nya....

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

oh ya ka sone, so today bday hang la..hepi b'day and welcome to club of 30....hehe

ietafakyra said...

psssttt!! a msg to him : "happy bday to "lelaki ini"... and plz take care of my fren selama2nya jugak tau.."

Naddiea said...

mmg jodoh hang eza.kalo hang tekad minta putus dr bf lama.mmg dh tertulis do loh mahfuz...semoga berbahagia selamanya...ameen.

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

TQ ieta on behalf my hubby..bday dia esok..x tau lg nak apa plan utk bday dia coz dia kena keja.

shepah: ya..aku pun rasa mcm tu sedangkan dulu bukan main lagi buat list utk ciri2 my mr right. well husband aku ni x termasuk langsung dlm senarai lelaki idaman..

mak ku said...

emmhepi besday to my ex coulique n aka my best friend hubby, emm alang2 mai sunway kot nk lajak mai kulim emm hampeh, anyway gtaw ur hub semoga pjg umur murah rezkey dapat anak2 rmai, sihat selalu thats all from kak aida yg cun n always voque ha ha

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

ya la mak engku yang selalu vogue dan cun tp masih x leh lawan azalina..ni wish ni saja nak peringat 3/12 ni ka..

Post a Comment