Thursday, February 25, 2010

Kemalasan Yang Amat -Sigh-

This week I memang x beli lauk basah langsung. I masak simple2 je. Ahad, after dinner kat kg baru balik rumah sendiri. Menu dari Monday till Wednesday sgt2 nampak mcm org bujang yg masak. Alasannya banyak kerja nak buat, banyak baju nak kena lipat...Tapi once dah mengadap TV lain pulak ceritanya...

Senarai menu tidak seimbang saya minggu ini:
(Isnin - Nasi goreng + ayam goreng)
(Selasa - Sardin, telur dadar, ayam goreng halia n sosej)

And menu malam tadi (Rabu):
Sambal telur - Inspired by Pn Ieta after reading her blog yesterday... Sangat ringkas okay... Pinggan ni dpt hadiah beli sabun Daia.


The simplest menu in town. Ikan kering yang dibeli di Sabah. Ikan ni crispy mcm keropok.Ada la lagi sikit2 dlm simpanan. Ikan pun jadi liuk lentok ikut saiz kuali kecik gara2 malas tukar kuali.


Sardin lebihan hari sebelumnya. Still elok lagi tau. I simpan dlm fridge. W'pun x suka makan makanan perangat tapi sengaja dihidangkan untuk memeriahkan meja makan.

And for my little girl....

ABC's shape pasta and cheese with shedded spring onion - (Menu description yang panjang mengindahkan khabar dari rupa)


Yang ni habis licin la pulak Irsa makan..Time masak bubur tu puas la follow belakang bontot dia paksa dia makan...Itupun x habis and buat perangai tutup mulut rapat2 bila kita nak suap. If masak nasi dgn sup pulak...asyik nak hirup kuah sup. Nasi ada la semulut dua dia makan then dia buat2 nak luah. Adakah korang pernah melalui fasa ini????

Pity my hubby and my daughter dapat wife/ibu yang penyegan...Mujurlah hubby jenis x kisah. Itupun malam tadi dia kata nak beli luar je tapi I insisted to cook since nak habiskan stok makanan dlm fridge.

Malam ni confirm x masak coz we are going back to Selangor sempena 100 days kenduri arwah FIL and nak buat akikah Irsa. (Kesian tokwan Kedah, jenuh cari kambing nak buat akikah kat Kedah tapi x jumpa2 yang cukup umur, jenuh la cari sampai ke Baling tapi x dak). End up family mertua suggest buat akikah Irsa sekali dgn akikah anak sedara sebelah hubby. Moga2 connection broadband kat kg nnti okay supaya boleh main Cafe World & Farmville.

Sunday, February 14, 2010

Hari Jadian di Sabah

I'm 30+1 = 31 years.. Ya 03/02/2010 genap lah saya melangkah satu tangga dlm era 30-an..
Kalau boleh nak setakat 25 tahun boleh x???? Apa pun saya bersyukur saya masih sihat walafiat dan masih bernafas hingga ke saat ini... Dan saya sekeluarga (ceh mcm ramai ja) sudah memang plan untuk celebrate birthday di Sabah sambil bercuti-cutian Malaysia. And this was our first vacation in 2010. Dari bulan May last year dah booking tiket flight, just RM400++ pergi-balik for the three of us by Air Asia. Murah kan. Tapi 5 bln lepas tu ada pulak promo RM16 sehala/seorang...Apa perasaan saya agaknya time tu ya bila tgk promo tu??? Saya memang pantang perihal profit/loss ni...

Safely landed at KK International Airport di tengah hari rembang, tambah dengan cuaca yg sgt panas sekarang ni, namun hati sgt teruja...sanggup berhenti tgh panas posing dulu!!!

Mendaki puncak...Menuju ke Kundasang...The bad thing is jalan kat KK ni kedekut sgt dgn signboard, nak dtg sini puas belek peta, dah half way baru ada signboard ke Ranau, Kundasang, Mount Kinabalu... Kitaorg naik bukit pakai Kancil je tau...


Baru sampai resort terus nak view Mount Kinabalu... Ala..awan tebal la...Sok kita tgk lain ye...


Rutin bermalam di hotel ialah bangun pagi x mandi turun breakfast. Pecah rahsia...Hahaha.. Muka selekeh maid x boleh blah. Betul la kata Fauziah Hanafi yg komen pic ni kat FB "Ni hang ka maid hang Eza"

Saya suggest kat hubby..."Nanti if pegi KK nak x kita tido area Kundasang satu hari, nak tgk Kinabalu and sunrise closely"... End up, saya tgk dlm mimpi. Hubby yang gigih bangun pagi2 view sorang2...Saya x tau la camera tu dia letak atas apa, kitaorg mana ada tripod.

Kinabalu Peak.View yg sejuk mata memandang. Puas fully zoom lense nak dptkan view ni. Resort kitaorg pun dah memang at top of the hill (Celyn Resort)...so senang bangat nak tgk Mount Kinabalu nih.My hubby mula2 x percaya yg ni Kinabalu Peak. Dia tya kenapa pic yg dia tgk before ni peak dia tajam, kenapa yg ni lebar? Adoi la...Itu masing2 pya photography technique la...Different angle.



At the Kinabalu Park...Singgah sekejap sebelum ke KK. X berani bawak Irsa lebih dlm...Takut la juga dia kan still baby, setakat bhgn luar Botanical Garden boleh la..


Experiencing the nature

At Manukan Island yg sgt saya chenta...


Tengok rambut pun tau dah yg bot tgh laju. Well my HP camera was not that bad... Pic x shaky pun kan. (Muka control senyum padahal cuak gila naik banana bot kecik merentasi South-China Sea ke Manukan Island)

Sumpah cantikkkkkk....I love the blue-turquoise tone color...

Saya jatuh cinta dgn air laut kat sini...


Malam ke-2 di KK, makan dekat Food Court, Seri Selera Kg Air. Only seafood yang dijual. Toke2 sini mostly Chinese and ada pekerja Muslim jugak. It is serve no pork place. Ade juga Muslim yang makan kat sini tapi x ramai. Perut still kenyang tapi saja nak ambik rasa.

Squid - Apa nama masakan pun saya x tau... Toke kedai yg suggest.

Prawn - Pun x tau nama masakan ni

Sea bass fish.. Masak sweet sour versi Sabah kot...

Order chicken dumpling a.k.a. my favorite dish - Tapi after makan minda mula terdetik, tmpt ni mmg serve no pork, ada staff muslim, ada juga muslim mai makan tapi ayam ni sapa dia pya supplier? Chinese ke Muslim? Sabah ni bkn leh kira sgt.. Apa pun, harap2 halalan toyyiba la...


Irsa very excited dgn lobby hotel ni,maybe sbb luas... Then byk surface yg reflect muka dia especially at the floor tile and the table, so dia suka..Everytime kitaorg nak keluar or balik hotel dia mesti tuju ke sini..Sambil jalan2 kat lobi ni sambil lambai2 kat front desk staff persis Miss World yg baru menang pertandigan..Ramah terlebih. Ini la tempat kami bermalam di KK selama 2 malam.Nama hotel ni The Palace Hotel.




Back from dinner, before naik ke bilik Irsa mesti nak singgah sini...

Kilatnya somi ku ini...



Having bday dinner @ Le Meridien Hotel.. Tell ya, I gave 10/10 marks for their services. Credit to the waiter and an old Australian lady who offered themselves to snap our pics above. Maybe diaorg kesian tgk kami dok bergilir2 snap pic so diaorg sendiri yg meng"offer"kan diri tlg kitaorg snap gambar.

Ini pic baru korek dari peti harta karun kurun ke-15...Hahaha...

Membeli dan membelah di Filipina Market...Frust menonggeng sbb masa yg terhad, byk org yg termiss utk souvenir termasuk my kawan karib. Banyak habiskan masa cari mutiara utk my mom and my auntie2... Saya mmg x berminat dgn perhiasan ala2 tok2 tin2 ni.. Saya cuma beli rantai silver dgn loket mutiara sebiji utk diri sendiri.

Flight back to Alor Setar, to where we belong after spending 4 days in Sabah...Cuba teka..Saya tidur betul2 ke tipu2???


This is the longest entry so far....Patut la smpai nak dekat sebulan baru nak update...More pics on my FB okay...Kalau nak tgk la..X paksa...

Sunday, February 7, 2010

Huggies not that bad

Hari ni saya suka nak bercakap tentang nak mix diaper yg Irsa pakai. Saya rasa dia sudah serasi utk tukar diaper baru after saya try bg dia pakai Huggies travel pack that I bought after realizing her bag was already put under aircraft luggage. So nak x nak terpaksa beli Huggies yang 4 pcs/pack tu in case dia poo poo dlm flight. Lagipun tgk kawan2 and my cousin semua pakat2 campur diaper utk anak2 diaorg so why not I try the same.

From birth until now memang Irsa cuma pakai Mamy Poko. Masa tu x tau sangat harga2 diaper di pasaran almaklumlah baru jadi mummy. Mmg time confinement sgt2 x tahan dgn penggunaan diaper sbb Irsa poo poo hampir 8-10 kali sehari. Sabar je la time tu tapi apa nak buat, coz dia BF so kerap la dia poo poo.. Tapi mujurlah saya x perlu beli FM utk dia.Umur dia 3-4 months saya rasa nak tukar Huggies as it is more commercially used by mommies out there. Saya siap beli yg 80++ punya packing...yang color merah tu..If I'm not mistaken Huggies Comfort Dry..Mana tau it didn't work for Irsa. She got lots of nappy rashes, kesian dia tergaru sana sini... Her skin turned reddish and I had to stop using Huggies and continue with Mamy Poko w'pun kdg2 tekanan bila Irsa poo poo 1-2 min after wearing the diaper.

I thought Irsa dah semakin besar and kulit semakin okay plus saya tgk dia pakai Huggies travel pack ok je pun...So last Friday pegi la Tesco yang sememangnya tengah ada sales, beli Huggies yg 80pcs saiz M (RM32.90) and Mamy Poko 66pcs saiz M (RM45.99) - Can't you see the price comparison among these two brand?

Sekali- dua- tiga pakai ok lagi but I rasa start hari ni Irsa dah mula tergaru sana sini kat area diaper dia..Aisey..X kan x ok kot..dah la saya beli yg pack besar..x kan nak kena discard kot. Baru guna 4-5 kpg je ni... Hari tu masa pakai yg travel pack ok je pun..Ni bila beli yg jumbo pack x semena2 x ok apesal pulak.... Org lain pakai okay je pun... Kalau dia serasi dgn diaper lain saya plan nak tukar mandian dia pulak... Paed says, bila Irsa semakin besar kulit dia akan semakin ok. Skrg sangat x tahan dgn maintenance Irsa but the good thing is Irsa x boleh pakai bedak due to sensitive skin..So saya boleh jimat duit di situ. Cuma losyen and moisturiser dia kena beli di clinic. Apapun I think Huggies not that bad la for me..Maybe kena tunggu sikit masa lagi utk Irsa tukar ke Huggies.