Wednesday, April 28, 2010

Bersama Adibah Noor

Kalau tgk tajuk ni kedengaran mcm I berduet bersama Adibah Noor dalam konsert saja. Suka sangat la mencanangkan benda2 kecik nak bagi nampak WOW gitu. Yang sebetulnya I bergambar dgn Adibah Noor. Maklum saja la masa pergi Penang hari tu x dapat nak bergambar dgn Dato' Siti maka bergambar dengan Adibah Noor pun jadi lah. Sangat mudah dan senang okay nak bergambar dgn Duta The Store/Pacific ni. Takde nya bodyguard or bouncer yang akan cakap "eh ke tepi sikit ye" ataupun " tolong beri laluan tolong beri laluan". Adibah Noor can be bouncer herself.

Cerita dia mcm ni...last Saturday my daughter yg sangat2 princess ni tak mau tido tak tau la maybe panas kot. So mummy dia ni bawak la dia ke mall yg berdekatan dgn rumah a.k.a. Alor Setar Mall. Dekat mcm mana..dekat la sampai boleh dengar staff dia buat announcement and dgr bunyi ting tong loceng announcement tu. Itu kalau x on TV and x dengar Irsa jerit2 la. Kdg2 time petang2 I jalan kaki ke situ bawak Irsa riadah cewah riadah tapi end up bila dah tired and hari dah malam mula la buat manja dengan hubby suruh fetch kat sana.


Sesampai ke mall I terjumpa my long lost sch buddy kat sana..kami borak2 lama la jugak..Agak2 nak dekat sejam la juga I lepak2 kat tempat dia sedang bekerja tu. Bila sampai part soalan "hang x jumpa geng2 hang ke?" Dia mula sebut "Macam mana aku nak jumpa depa, depa tu dah kawin ada anak tgk aku mcm ni la..hang cari kat aku sorg". Ekceli segan nak sebut or tanya dia bab2 jodoh kawin ni tapi dah dia mula sebut kami pun tercakap juga topik tu. I thought she gonna end up with someone who's living in Jln Datuk Kumbar tapi rupanya org tu dah jadi rock star. I ni pulak kalau jumpa kawan lama x sah kalau x bergossip. Jeng jeng jeng!!!!


Untuk tatapan Puan Sone & Shepah...Presenting you ur BFF..AZRAH HANA HAMDAN DA LATEST.


Pic ni I snap sbb nak tunjuk dia sedang berlakon explain psl rumah kat customer. Dia suruh I daftar beli rumah dgn company dia..I pun pura2 la isi form semua..And dia pun pura2 la explain kat I. Berlakon cukup mau


Pesal Hana (panggilan kwn2 opis utk dia) tutup mata ni? One more time!!




I pun suka gambar kedua ni sbb x nampak lengan cekeding I. Kan besh kalao boleh ambil isi kat perut and peha tampal kat lengan.




Sekarang lihat pula pic yang bertepatan dgn tajuk entry


Ko tengok..senang sgt kan nak amik pic dgn Kak Dibah Noor kita. I selamba pi tepi dia and cakap "nak snap pic sat". Time ni Irsa tgh tidur and I tinggal dia kat Azrah. (Ni kalau FHAM tgk pic ni dia sahih kata aku ni lebih menjerumus ke arah nak jadi Star.)


Kemudian...



Tengok dengan mudahnya I transform Azrah yg very the pemalu itu bergambar juga dgn Kak Dibah kita ni. Azrah kata kalau aku tak dak dia sahih dok keras kat tempat dia tgk dari jauh ja.


Kemudian lagi sekali...


Kakak office Azrah nak juga bergambaq....Kata kakak tu camera HP I clear sikit pinjam amik gambar nanti bluetooth na...Bila dah bluetooth keluar pula "File too large to open". Then "boleh x adik MMS kat no husband akak? HP dia blh accept pic ni." Wah..sekarang sapa yg lagi pulun???


Kenapa la aku x tipu kredit abis tak tau. Hemmmmm...
















Wednesday, April 21, 2010

Tak Shopping Pun Tak Mengapa

Walaupun tengah bulan tapi ada hati lagi nak jenjalan ke Penang. Nak bayar hutang hutang lama sebab hubby asyik kena tukar off day. Nanti I merajuk lagi. Tak shopping pun x pa janji dapat keluar dari Negeri Jelapang Padi ni. Nampak sangat kata lama memerap di rumah dengan rutin harian/mingguan seorang wife yg amat la meletihkan. Eh tak..tak..jangan salah sangka, saya bukan mengungkit..Ikhlas ni menjalankan tanggungjawab as wife and mother dgn penuh dedikasi tapi maybe agak lama tak di expose kan dengan aktiviti berpelesaran ni makanya agak tekanan di situ... Bak Puan Ieta suka sebut TERAPI MINDA.




3 boss di belakang. Kesian daddy Irsa tak mo teman daddy duduk kat depan.


Okay kita mulakan dengan Jusco Bandar Perda, Bkt Mertajam, Penang. Tempat ni dah lama buka sebenarnya tapi dengar orang kata macam x best, x dak apa sangat pun tapi saja la nak ubah angin lagipun x nak pergi jauh2 so kami heading ke sini. ALOQ SETAQ TAK DAK JUSCO sebab tu agak jakun dan teruja nak sampai sini padahal kalau gi KL Jusco ni x termasuk pun list mall yang nak dikunjungi. :P



Sungguh bagai dikata..Nothing special. Tetiba macam dengar suara Dato' Siti Nurhaliza. Betul la dia. Rupanya dia datang sini promote product dia SimplySiti. Even orang kata dia kekurangan peminat tapi tengok ramai benor orang dok kerumun. I pun ada hati jugak nak ambil gambaq dgn dia tapi berangan la kau sesak mcm apa lagi..Sudahnya buang masa hampir setengah jam lebih dok tunggu apa pun x tau la..



End up dapat ambil gambar Dato' Siti dari jauh je la..Penat menjinjat kaki nak dpt mcm ni tau.


Malu nak mengaku tapi saya terbeli juga product SimplySity. I beli lipgloss dia RM29.90. Warna Soft Coral Product code LG 03. Boleh tahan juga la.


Awat tetiba aku posing mcm nak berebut pegang stroller ja ni




Menunggu nak makan. Pukul 4 baru nak lunch.



Irsa mmg x boleh pakai kasut time naik stroller nanti tangan dia gatal nak pegang tapak kasut dia tu. Lepas pegang tangan tu nak pulak masuk mulut.








Untungnya bawak adik jenjalan boleh buat kerja bibik jaga baby and que kat cashier bayarkan utk kita.




Agak-agak dah boring kat sini we off to Sunway Carnival, Penang. Tempat selalu saya shopping bila malas mau rentas Penang Bridge ke Queensbay. Sini lebih banyak variasi pilihan untuk bershopping tapi x beli apa pun. Tak shopping sangat pun. Mulanya ingat nak beli kasut tapi x jumpa yang berkenan. Awat la sini x dak Charles & Keith x tau. Ieta -_- aku memang suka ayat-ayat perli beradab nih hahaha. Hanya membeli baju untuk hubby and Irsa. I x kisah x shopping janji dapat jalan2 pun cukup la.




Membeli produk kecantikan di kaunter SK 11. Eh tipu kat kaunter Loreal sebenarnya beli cleanser & essence.



Kaki yang kepenatan sampai ke hari ni baru rasa lega sikit lenguh2 ni. Baru ada mood update blog. I need Spa Treatment now.


Marilah pulang. Mall pun dah nak tutup. Suamiku rasa remaja muda stylo gila ke lipat kaki suar mcm ni.












Friday, April 16, 2010

Saya Mahu Bentuk Badan Yang Ideal

Kalau yang baca entri ni mesti kata I ni merapu, mengarut, buang masa or gilosss. Tapi hakikatnya macam ni la. SAYA SUDAH GEMUK. Macam mana mau cakap ya...Macam ni...Badan kurus tapi at certain part of body saya terasa x macam dulu dalam erti kata lain membesar bagai johan. Actually memang dah lama terasa dah macam gemuk tapi still carry on melantak tak ingat dunia. Lebih mementingkan nafsu nak makan dan yang lebih teruk kalau lepas makan rasa mengantuk, terus tidur macam ular sawa baru lepas baham 10 ekor ayam kampung. That is my really really damn bad habits. Ni adik saya punya pasal la ni. Lepas dia cakap "Kak, I notice your paha semakin besar, hang tak rasa jeans hang ketat ka". And saya pulak, "Ada juga tapi still boleh pakai".


Sebenarnya dah banyak kali rasa mcm gemukss tapi perasaan mcm terasa gemuk terbantut bila hubby sendiri meng'deny'kan:

Me: Sayang, Aza rasa Aza dah gemuk sikit la.

Hubby: Mana ada. Semua kawan2 Aza kalau jumpa mesti tegur Aza kurus.



Some other time..

Me: Sayang, baju ni macam sendat sikit la.

Hubby: Tu baju tu shrink tu. Baju kita pun mcm tu juga. Basuh lama2 jadi kecik.



Finally bila try satu baju nak pergi kenduri....

Me: Sayang, see...Kan Aza kata Aza dah gemuk tapi x percaya. Tengok kain ni ketat dah. Nak gerak2 x boleh dah.

Hubby: La, standard la tu dah 2 kali beranak. Memang la badan akan naik sikit. Tu baju tahun bila tu???


Baju ni dijahit pada 2006, kat dlm tu pakai bustier and kain yg sama material. Baju luar sengaja beli chiffon, yang dah x muat is bustier and kain dia. Bila pakai hanya boleh berdiri tegak macam robot, x boleh nak gerak suka suka hati kang terbertas kang. Ouh kat belakang tu Ayu namanya, rindu dia sangat sangat sangat dan sangat....

Macam mana ni? Sangat la tekanan bila baju2 lama nak pakai x boleh dah. Satu ketika dulu lepas pantang memang badan saya susut sendiri, perut saya pun susut dengan sendiri. Saya x pakai apa2 pun, x bertungku, x berbengkung sebabnya bersalin caesaran. Semulajadi perut ni mengempis. Best je tengok. Tapi sekarang ni...Pinggang saiz dari 23-24" dah jadi 27-28". Pernah beli satu slack pakai pergi office, dulu saiz S sekarang kena ambil M. Dulu sangat pantang minum ais, kalau makan di gerai minta fresh orange suam segelas. Dulu kalau makan, mesti diikuti dengan minum frersh orange, ice lemon tea atau lime juice. Sekarang kalau makan minum milo, teh ais dah jadi kebiasaan.Dulu lepas makan tunggu setengah jam baru minum air suam. Sekarang dalam keadaan mentari yang sangat terik ni, dapat minum ais adalah HEAVEN seh!!! Sekarang diri sendiri rasa susah.


Bila boss keluar, 10.45 pagi dah terasa nak makan dan2 tu juga pegi tapau makan tepi meja.



Inilah kerja saya sebelah petang. Tapi nampaknya strategi minum air limau sudah temui jalan buntu. (:


Jangan salah faham. Gemuk yang saya maksudkan bukan lah saya gemuk macam Erra Fazira dalam Cinta Kolestrol. Bukan. Bukan juga macam cerita Korea 200 Pounds Beauty. Pun bukan. Saya cuma gemuk di bahagian tummy dan juga thigh saya.


Ada orang suggest saya beli satu produk ni. Bio-Essence Celebrity's Choice Inchloss Shower Scrub. Makanya saya pun beli la produk ni di Guardian dgn harga RM19.90. Hish bukan boleh tgk produk murah cenggini mesti nak beli. Pakai 2 kali sehari tapi saya pakai sekali sehari sebab pagi2 x dak masa nak scrub badan lama2. Wait for the result. If it works, saya akan update entry dalam blog. Tapi heran jugak, dekat kotak tu dia kata kita akan rasa panas or nampak kesan merah2 dekat kulit, makna kata fat burning process sedang berlaku tapi saya x rasa apa2 pun. Katanya dalam seminggu boleh hilang satu inci. Mcm I yang jenis hangat hangat taik ayam ni rasanya 2 minggu la kot nak hilang 1 inci. We'll see....


Friday, April 9, 2010

Pray For Me


Hey peeps, pray for me pls!!! Yours truly gonna sit for "Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41". Yours truly x tau nak study apa or nak buka Gov website yang mana yang boleh bagi lebih info ni. Yours truly ada la buka http://www.parlimen.gov.my/ and baca sikit tentang Konsep Satu Malaysia tapi mcm masuk telinga kanan keluar telinga kiri. It seems a little late in the day to study for this. Yang pastinya yours truly confirm akan pakai hentam pakai taram jawab soalan bila pengawas peperiksaan tu cakap "Masa tinggal lagi 10 minit". Hitamkan ja mana2 rasa nak hitamkan kat jawapan tu. Selalunya paper Daya Menyelesaikan Masalah a.k.a paper Math yang paling x sempat nak jawab sebabnya x dibenarkan guna calculator. Kalau boleh pinjam Adiputra budak kecik pakar Matematik tu selama 45 min jawab 40 soalan confirm 100% lulus. Then nak pinjam Sone untuk jawab paper esei BM and BI. Hope this gonna be my last exam with Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yours truly dah letih la tapi still x serik2 juga pergi exam ni. Sudah 31 tahun malas nak sit for the paper together with the fresh candidate yang umur 23-24 tahun ni. Anybody from Asma School or UiTM Arau/Manjung gonna sit for the same exam? Last time sat for this exam together with Asmarians were with Azrah, Farahida, Nurul Huda, and ada lagi 2-3 orang yang bukan sekelas held at Kolej Matrikulasi Kedah in 2007. Mujur ada Azrah yang sekepala, boleh rest sekali then time tu terserempak dgn hubby Wahida, he paid for our lunch and Azrah segan2 la pulak sbb x kenal sgt dgn hubby Wahida ni. Minah ni, dah rezeki apa nak disegankan.... Okay, candidate/s (if any).. see you at IKM Sg Petani tomorrow. (Comelnya teringat umur 3-4 thn my dad selalu bawa ke IKM ni petang2 sebabnya dulu dia mengajar kat sini!!) Really hope to meet my ex-sch buddy or UiTM friends there. Boleh tiru2 sikit and kongsi2 jawapan. :P


Monday, April 5, 2010

Selfish?? Nope. Geram!!

Panas pun x kena hujan pun x kena. So nak yang mcm mana. Satu minggu hanya sehari ja dpt spend time dgn hubby itupun kalau schedule work kami x bercanggah. If dia kena cuti on Friday atas tuntutan project schedule makanya cuti kami pun x sama. Mcm malam ni, baru ja sampai rumah, Maghrib2 ada called from site, tanah untuk surcharge tu dah "turun" and bergerak ke kawasan bendang org2 kampng kat situ.Makanya hubby terpaksa la pergi tgk site, till the moment of this entry written sang suami masih lagi belum nampak batang hidung. Mood nak masak pun jadi down, drpd nak masak best2 terus tukar menu ke singgang and ikan goreng and ayam goreng. Mana nak bertempik bersorak berkejaran dgn Irsa yg x boleh tinggal sesaat pun.Sejam yg lalu saya called, katanya maybe kena tunggu sampai lewat malam or sampai pagi. Apa sampai pagi???? Tak suka betul saya dengar statement ni. Terus saya letak phone, malas nak ckp lebih2. He called back 3 times saya x jawab then dia kol lagi pakai h/p kawan dia 3 kali juga malas saya nak jwb. Saya geram mcm nak nangis pun ada. Lantak la org nak kata saya x matured ke, x understanding ke tapi saya geram sgt dgn masa yang sentiasa dicuri.

Hari ni kes tanah kat site turun gara2 hujan lebat hari2, okay last 2 month masa CNY kes panas terik pulak. Panas yang amat teramat sangat dan bangat sampai besi railing tu boleh lari alignment seterusnya menyebabkan peristiwa train terbalik. Mujur la time tu keretapi barang bukannya keretapi penumpang, tapi pun hubby and the crew terpaksa la bertugas pagi petang siang malam selama seminggu lebih monitor the case. Saya baru ja berangan cuti CNY nak jalan2 sana sini tapi sudahnya saya yg dok tgk hubby berulang alik kuar rumah pergi site x kira siang malam. Bila saya tanya x boleh ke x pergi hubby kata dia antara standby staff, antara org yg diberi kemudahan kenderaan. Katanya lagi kalau x pergi boleh tapi kalau nanti bonus and increment sikit jangan nak merungut. Katanya lagi Big Boss, Project Director dan orang2 atasan yang geng mata sepet sanggup cancel cuti Raya Cina tambah dia yang cuma berjawatan Sn Supervisor dan berbangsa Melayu nak cuti apa. Padahal pergi sana tunggu jadi pak pacak buat kol sana walkie talkie sini. Hanya menunggu dan menunggu tgk kren, tgk sub-con dgn OT x boleh claim. Okay la..pergi la.. Cepat2 la siap Electrified Double Track Project ni. Siksa betul menunggu. Tak lama lagi rakyat Kedah dah semakin x jakun. Dah rasa mcm duduk KL pulak, nanti orang Tokai nak pergi Star Parade pakai naik train la...Mmg la Kedah Maju 2010..Lepas ni kena bersedia bila husband dah start dgn station construction...Confirm la tu ada load test kena kerja overnight etcetera etcetera etcetera. Cuaca oh cuaca..Minta2 la cuaca elok dan konsisten. Sabar ya Eza...Boleh ke sabar?? Kau tengok K Farah boleh berkorban bawak anak2 pindah randah ke Jeddah xkan yang dekat pun x boleh...Juga kena bersiap sedia dari sekarang bila Jalan Telok Wanjah yang merupakan laluan hari2 hantar anak ke Taska akan mula sibuk dgn pembinaan flyover. Harap x akan lambat ke ofis. Orang Jalan Sultanah juga be prepared ya. And mana2 jalan yg ada laluan keretapi be prepared la.

So sorry to my hubby - terlalu banyak complain untuk sumber pendapatan keluarga kita. Am I too selfish for this?


Tadi hubby balik sekejap tanya kenapa x jawab phone, saya kata tertinggal kat atas, x dgr padahal sengaja tinggal malas nak cakap.Lepas ni hubby tahu saya tipu bila baca ni. Yang sebenarnya saya geram.. Geram sbb selalu ditinggal2kan...Nak berjalan2 berpeleseran berliburan time weekend jauh sekali lah. Sekarang nak dekat 12.30 tgh mlm dah, pinggan pun belum cuci, baju kat ampaian pun x angkat lagi. Irsa tetap la x akan tidur awal punya. Suami ku, silalah ambil cuti or MC (oh ya tahun ni belum kita belum lagi buat aktiviti ambik MC) kita pergi enjoy...Kerja sampai bila pun x habis. Bye..Nak tengok Dyesebel finale...

Thursday, April 1, 2010

Selesai Suda!!!

Today is the last day for auditor's visit to my company. Lega la sikit bila boleh menyulam buat perkara2 lain seperti berFB, blogwalking etc. Actually x la straight sgt auditor ni sbb nya dia adalah schoolmate saya masa sekolah dulu ~Pn Syakirin Othman. 2 thn lepas dia datang office saya and tegur "Sekolah Asma kan?" Saya pulak "Eh ya la..Kirin kan (Paling igt nama dia sbb nama dia sama dgn husband my BFF, Shasha). Saya satu kelas dgn dia sekejap ja masa Form 4 tapi x lama lps tu dia dpt masuk MRSM...We are Sultanah Asma School Batch of 96. Yes!!! Sekolah generasi hebat!! Lama giler kan dah 14 thn tp kenangan2 kat school masih lagi segar di ingatan gitu. Kitaorg ni banyak borak dari auditing especially part gossip kengkawan masa school.
- A skrg keja kat dotdotdot -
- B tu x baik dgn C dia x nak ckp sgt psl C aku x tau sbb apa -
- Aku jumpa D kat dotdotdot -
- E tu kat mana skrg ek -
Ni audit ke gossip nih????







Pose manja dari kami. -Sengih gatal-

Sikit2 dah la.... Lps ni sapa nak kemas file2 yg berselerak kat belakang tu??? Haha..Hang sahih tension bila kena tolong client mcm aku. Bias jgn x bias Pn Kirin. Next year jumpa lg if aku still keja kat sini. Eh lain kali jgn buat muka tension cam lam gambar ni.