Wednesday, April 28, 2010

Bersama Adibah Noor

Kalau tgk tajuk ni kedengaran mcm I berduet bersama Adibah Noor dalam konsert saja. Suka sangat la mencanangkan benda2 kecik nak bagi nampak WOW gitu. Yang sebetulnya I bergambar dgn Adibah Noor. Maklum saja la masa pergi Penang hari tu x dapat nak bergambar dgn Dato' Siti maka bergambar dengan Adibah Noor pun jadi lah. Sangat mudah dan senang okay nak bergambar dgn Duta The Store/Pacific ni. Takde nya bodyguard or bouncer yang akan cakap "eh ke tepi sikit ye" ataupun " tolong beri laluan tolong beri laluan". Adibah Noor can be bouncer herself.

Cerita dia mcm ni...last Saturday my daughter yg sangat2 princess ni tak mau tido tak tau la maybe panas kot. So mummy dia ni bawak la dia ke mall yg berdekatan dgn rumah a.k.a. Alor Setar Mall. Dekat mcm mana..dekat la sampai boleh dengar staff dia buat announcement and dgr bunyi ting tong loceng announcement tu. Itu kalau x on TV and x dengar Irsa jerit2 la. Kdg2 time petang2 I jalan kaki ke situ bawak Irsa riadah cewah riadah tapi end up bila dah tired and hari dah malam mula la buat manja dengan hubby suruh fetch kat sana.


Sesampai ke mall I terjumpa my long lost sch buddy kat sana..kami borak2 lama la jugak..Agak2 nak dekat sejam la juga I lepak2 kat tempat dia sedang bekerja tu. Bila sampai part soalan "hang x jumpa geng2 hang ke?" Dia mula sebut "Macam mana aku nak jumpa depa, depa tu dah kawin ada anak tgk aku mcm ni la..hang cari kat aku sorg". Ekceli segan nak sebut or tanya dia bab2 jodoh kawin ni tapi dah dia mula sebut kami pun tercakap juga topik tu. I thought she gonna end up with someone who's living in Jln Datuk Kumbar tapi rupanya org tu dah jadi rock star. I ni pulak kalau jumpa kawan lama x sah kalau x bergossip. Jeng jeng jeng!!!!


Untuk tatapan Puan Sone & Shepah...Presenting you ur BFF..AZRAH HANA HAMDAN DA LATEST.


Pic ni I snap sbb nak tunjuk dia sedang berlakon explain psl rumah kat customer. Dia suruh I daftar beli rumah dgn company dia..I pun pura2 la isi form semua..And dia pun pura2 la explain kat I. Berlakon cukup mau


Pesal Hana (panggilan kwn2 opis utk dia) tutup mata ni? One more time!!




I pun suka gambar kedua ni sbb x nampak lengan cekeding I. Kan besh kalao boleh ambil isi kat perut and peha tampal kat lengan.




Sekarang lihat pula pic yang bertepatan dgn tajuk entry


Ko tengok..senang sgt kan nak amik pic dgn Kak Dibah Noor kita. I selamba pi tepi dia and cakap "nak snap pic sat". Time ni Irsa tgh tidur and I tinggal dia kat Azrah. (Ni kalau FHAM tgk pic ni dia sahih kata aku ni lebih menjerumus ke arah nak jadi Star.)


Kemudian...



Tengok dengan mudahnya I transform Azrah yg very the pemalu itu bergambar juga dgn Kak Dibah kita ni. Azrah kata kalau aku tak dak dia sahih dok keras kat tempat dia tgk dari jauh ja.


Kemudian lagi sekali...


Kakak office Azrah nak juga bergambaq....Kata kakak tu camera HP I clear sikit pinjam amik gambar nanti bluetooth na...Bila dah bluetooth keluar pula "File too large to open". Then "boleh x adik MMS kat no husband akak? HP dia blh accept pic ni." Wah..sekarang sapa yg lagi pulun???


Kenapa la aku x tipu kredit abis tak tau. Hemmmmm...
















7 comments:

ietafakyra said...

muahahaaaaaaaaaaaaaa! soookaaaanya hang. azrah! sungguh lama tk tgk dia. comeeyyy!! eza, best la kan umah dkt2 mall ni... kalo aku mesti hari2 ke sana, errr bukan beli kasut, tp beli bawang! :P

Diamilikku said...

rindunya aku kat dia...lama sungguh aku tak jumpa dia.....entry hang buat aku mengalir air mata...she will be my BFF...huhuhu..tapi la ni susah sungguh nak jumpa dia..kalau aku jumpa pun ala2 mcm hang la eza..jumpa masa dia buat exhibition.....

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

ieta: hang dok tau dah dgn mall x dpt dipisahkan. mesti la hang x beli kasut kat as mall sbb x dak butik2 yg gah(nak juga ayat perli). aku ada gak pi beli bawang kat sini bila terdesak barang dapuq dah habih.kalo nak beli in bulk aku lebih suka tesco, lagi murah rasa.

sone: kalo hang rindu azrah aku ni rindu kat ayu. lama sgt dah x jumpa dia. last jumpa masa reunion kat umah hang tu. dgn azrah ni mcm mana aku boleh terlekat sembang lama2 ngan dia x tau ari tu. la ni aku rasa dia buat exhibition kat star parade. weekend ni pi la jumpa dia ajak lunch. pandai2 ja aku bg suggestion.

Naddiea said...

waaaaaa rindunya kat azrah!!!huhuuuh..mmg ler kawan2 skolah suma BFF tp bila dh beranak pinak n dok jauh2 ni susah dh aku nk jumpa azrah.aku selalu jumpa nina n sone ja.Itupun kalo nasib baik n x bz.aku last jumpa azrah masa kawen sone.dh 3 taun dh rasanya.huhuhu..kalo hang jumpa azrah lagi hang kem salam rindu kat dia tau..

fham5579 said...

hahahaha..ada gak namaku disebut2 disini..hg mmg eza...aku suggest hg pi uji bakat apa2 reality show pasni....aku nnti vote hang

d u r a said...

aku paling suka tengok gambaq..


pakcik baju kuning yg dok tersenyum bahagia tengok kakak ofis azrah begambaq dgn adibah noor huhu..

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

shepah: ok..InsyaAllah kalo aku terjumpa lagi dia aku sampaikan salam hang. wajib ni.

hanim: saja pun..hang kan penah suggest aku pi ujibakat my star LG dulu..tapi aku masih waras wei..aku x sanggup dijadi bahan kutukan kat mana2 forum.

dura: saja pun, blog aku ni mmg pemurah dgn gambaq. saja nak bg nmpk byk dan meriah.

pakcik tu teringin nak bergambaq dgn adibah ka dgn kakak tu pun x tau la

Post a Comment