Friday, April 16, 2010

Saya Mahu Bentuk Badan Yang Ideal

Kalau yang baca entri ni mesti kata I ni merapu, mengarut, buang masa or gilosss. Tapi hakikatnya macam ni la. SAYA SUDAH GEMUK. Macam mana mau cakap ya...Macam ni...Badan kurus tapi at certain part of body saya terasa x macam dulu dalam erti kata lain membesar bagai johan. Actually memang dah lama terasa dah macam gemuk tapi still carry on melantak tak ingat dunia. Lebih mementingkan nafsu nak makan dan yang lebih teruk kalau lepas makan rasa mengantuk, terus tidur macam ular sawa baru lepas baham 10 ekor ayam kampung. That is my really really damn bad habits. Ni adik saya punya pasal la ni. Lepas dia cakap "Kak, I notice your paha semakin besar, hang tak rasa jeans hang ketat ka". And saya pulak, "Ada juga tapi still boleh pakai".


Sebenarnya dah banyak kali rasa mcm gemukss tapi perasaan mcm terasa gemuk terbantut bila hubby sendiri meng'deny'kan:

Me: Sayang, Aza rasa Aza dah gemuk sikit la.

Hubby: Mana ada. Semua kawan2 Aza kalau jumpa mesti tegur Aza kurus.



Some other time..

Me: Sayang, baju ni macam sendat sikit la.

Hubby: Tu baju tu shrink tu. Baju kita pun mcm tu juga. Basuh lama2 jadi kecik.



Finally bila try satu baju nak pergi kenduri....

Me: Sayang, see...Kan Aza kata Aza dah gemuk tapi x percaya. Tengok kain ni ketat dah. Nak gerak2 x boleh dah.

Hubby: La, standard la tu dah 2 kali beranak. Memang la badan akan naik sikit. Tu baju tahun bila tu???


Baju ni dijahit pada 2006, kat dlm tu pakai bustier and kain yg sama material. Baju luar sengaja beli chiffon, yang dah x muat is bustier and kain dia. Bila pakai hanya boleh berdiri tegak macam robot, x boleh nak gerak suka suka hati kang terbertas kang. Ouh kat belakang tu Ayu namanya, rindu dia sangat sangat sangat dan sangat....

Macam mana ni? Sangat la tekanan bila baju2 lama nak pakai x boleh dah. Satu ketika dulu lepas pantang memang badan saya susut sendiri, perut saya pun susut dengan sendiri. Saya x pakai apa2 pun, x bertungku, x berbengkung sebabnya bersalin caesaran. Semulajadi perut ni mengempis. Best je tengok. Tapi sekarang ni...Pinggang saiz dari 23-24" dah jadi 27-28". Pernah beli satu slack pakai pergi office, dulu saiz S sekarang kena ambil M. Dulu sangat pantang minum ais, kalau makan di gerai minta fresh orange suam segelas. Dulu kalau makan, mesti diikuti dengan minum frersh orange, ice lemon tea atau lime juice. Sekarang kalau makan minum milo, teh ais dah jadi kebiasaan.Dulu lepas makan tunggu setengah jam baru minum air suam. Sekarang dalam keadaan mentari yang sangat terik ni, dapat minum ais adalah HEAVEN seh!!! Sekarang diri sendiri rasa susah.


Bila boss keluar, 10.45 pagi dah terasa nak makan dan2 tu juga pegi tapau makan tepi meja.



Inilah kerja saya sebelah petang. Tapi nampaknya strategi minum air limau sudah temui jalan buntu. (:


Jangan salah faham. Gemuk yang saya maksudkan bukan lah saya gemuk macam Erra Fazira dalam Cinta Kolestrol. Bukan. Bukan juga macam cerita Korea 200 Pounds Beauty. Pun bukan. Saya cuma gemuk di bahagian tummy dan juga thigh saya.


Ada orang suggest saya beli satu produk ni. Bio-Essence Celebrity's Choice Inchloss Shower Scrub. Makanya saya pun beli la produk ni di Guardian dgn harga RM19.90. Hish bukan boleh tgk produk murah cenggini mesti nak beli. Pakai 2 kali sehari tapi saya pakai sekali sehari sebab pagi2 x dak masa nak scrub badan lama2. Wait for the result. If it works, saya akan update entry dalam blog. Tapi heran jugak, dekat kotak tu dia kata kita akan rasa panas or nampak kesan merah2 dekat kulit, makna kata fat burning process sedang berlaku tapi saya x rasa apa2 pun. Katanya dalam seminggu boleh hilang satu inci. Mcm I yang jenis hangat hangat taik ayam ni rasanya 2 minggu la kot nak hilang 1 inci. We'll see....


11 comments:

Baby Lyana said...

alahai..kalau aza ckp dah gemuk, akak lagi la....baju semua x muat tang peha, dan boobs...hahah...dok gantung dlm almari..nk kasi org, hubby x bg..dia ckp, lepas beranak no 2...diet..kasi balik kurus cam dulu! bleh la pakai baju glamour2 tu! persoalannya, bolehkah???

nohafiza said...

nak beli jugak scrub tu....hehehe. skrg RM19.90 lg ke.

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

kak shaf: nak buat mcm mana k shaf, rasanya bab2 gemuk ni semua org yg pernah bersalin akan face it. tu la.awat yg tang perut paling obvious x tau. kalau kita di disponsor mcm ziana zain ka amy mastura ka tobat selim melim dah...boleh k shaf..kita blh kurus!!! cewah..lps salin ni beli slimming cream okay

acu: ade lagi kot. kak aza baru mggu ni beli baru pakai 2 kali. tu la hangat2 taik ayam namanya.

arifah said...

kalu pakai natang tu berkesan gtau akuuuuuuuuuuuu :)

ietafakyra said...

huh beb...hg biaq betoi. hhmm, tp mmg kita ja yg tau cemana bentuk badan yg ideal utk kita kan. semoga usaha yg berjaya keh.
pssstttt : mkn protein lauk2) lebih, jgn amik nasi byk sgt.

Naddiea said...

eza,hang x gemuk mana pun aku tgk.okay je..bab perut tu mmg ler..dh biasa mengandung n perut kembang harus le ada side effect nya sayang oooi...as long as cik suami hang okay n x merungut ok ler..tp still kene precaution maaa....hahahha..peringatan utk aku jugak sebenaqnya ni..

d u r a said...

ezaa..aku tengok hg tak gemuks pon..dok kuruih lagu tu laa..kira ok la tu..

fham5579 said...

eza...aku rasa hg kurus cengkung la..baik hg gemukkan skit baru lebih cun aku rasala...

Mrs SM said...

mana ad gemuks.. kami ni kot la... hahahaha
aah betoi ckp hanim... esp tang muka.. cam nmpk cengkung.. bg chubby sket mesti cun...

Diamilikku said...

aku sebenaqnya malas nak tinggai komen kat sini..almaklumlah entry org kurus berangan gemoks..hahahahah..aku nih lagi la tak tau nak kategorikan apa...

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

arifah: camna nak tau berkesan ka dak. dah dua minggu beli aku baru pakai 3 kali. tapi azma kata sepupu dia pakai berkesan

ieta: aku mmg LOVE makan ikan. kalo makan western paling suka order salmon or snowfish instead of tenderloin sirloin rib eye and yg seangkatan dgnnya. tapi nasi pun makan banyak juga.

shepah: psl naik tang perut tu la aku tensen..nak pakai baju2 lama macam kena tahan nafas ja. tolong tolon...aku nak kuruih tang perut ni!!!!!!!

dura: tgk luaran memang aku x nampak gemuk. hang tau saja la pagi2 dress up nak pi opis hanya aku yang tau cemana perutku kelihatan.sob..sob...sedey ni

hanim & sue: mmg la aku ni masih dlm kategori kuruih. BMI aku pun kata aku kuruih. tapi aku ni dah mcm buah pear dah. atas kuruih mai tang perut and paha tudia..seluar semua rasa fit dah. aku ni dah lama dah nak bagi pipi aku chubby sikit. aku suka tidoq petang2 org kata nanti pipi jadi tembam tapi x juga2 tembam. tang perut dgn paha ja dia ketara sgt.

sone: aku bukan berangan gemoks tapi susah hati ni. hang pun tau kan adik2 aku cmna body depa. mak aku pun bila tua ni badan suma naik. so aku ni ada potensi ni.

Post a Comment