Wednesday, April 21, 2010

Tak Shopping Pun Tak Mengapa

Walaupun tengah bulan tapi ada hati lagi nak jenjalan ke Penang. Nak bayar hutang hutang lama sebab hubby asyik kena tukar off day. Nanti I merajuk lagi. Tak shopping pun x pa janji dapat keluar dari Negeri Jelapang Padi ni. Nampak sangat kata lama memerap di rumah dengan rutin harian/mingguan seorang wife yg amat la meletihkan. Eh tak..tak..jangan salah sangka, saya bukan mengungkit..Ikhlas ni menjalankan tanggungjawab as wife and mother dgn penuh dedikasi tapi maybe agak lama tak di expose kan dengan aktiviti berpelesaran ni makanya agak tekanan di situ... Bak Puan Ieta suka sebut TERAPI MINDA.




3 boss di belakang. Kesian daddy Irsa tak mo teman daddy duduk kat depan.


Okay kita mulakan dengan Jusco Bandar Perda, Bkt Mertajam, Penang. Tempat ni dah lama buka sebenarnya tapi dengar orang kata macam x best, x dak apa sangat pun tapi saja la nak ubah angin lagipun x nak pergi jauh2 so kami heading ke sini. ALOQ SETAQ TAK DAK JUSCO sebab tu agak jakun dan teruja nak sampai sini padahal kalau gi KL Jusco ni x termasuk pun list mall yang nak dikunjungi. :P



Sungguh bagai dikata..Nothing special. Tetiba macam dengar suara Dato' Siti Nurhaliza. Betul la dia. Rupanya dia datang sini promote product dia SimplySiti. Even orang kata dia kekurangan peminat tapi tengok ramai benor orang dok kerumun. I pun ada hati jugak nak ambil gambaq dgn dia tapi berangan la kau sesak mcm apa lagi..Sudahnya buang masa hampir setengah jam lebih dok tunggu apa pun x tau la..



End up dapat ambil gambar Dato' Siti dari jauh je la..Penat menjinjat kaki nak dpt mcm ni tau.


Malu nak mengaku tapi saya terbeli juga product SimplySity. I beli lipgloss dia RM29.90. Warna Soft Coral Product code LG 03. Boleh tahan juga la.


Awat tetiba aku posing mcm nak berebut pegang stroller ja ni




Menunggu nak makan. Pukul 4 baru nak lunch.



Irsa mmg x boleh pakai kasut time naik stroller nanti tangan dia gatal nak pegang tapak kasut dia tu. Lepas pegang tangan tu nak pulak masuk mulut.








Untungnya bawak adik jenjalan boleh buat kerja bibik jaga baby and que kat cashier bayarkan utk kita.




Agak-agak dah boring kat sini we off to Sunway Carnival, Penang. Tempat selalu saya shopping bila malas mau rentas Penang Bridge ke Queensbay. Sini lebih banyak variasi pilihan untuk bershopping tapi x beli apa pun. Tak shopping sangat pun. Mulanya ingat nak beli kasut tapi x jumpa yang berkenan. Awat la sini x dak Charles & Keith x tau. Ieta -_- aku memang suka ayat-ayat perli beradab nih hahaha. Hanya membeli baju untuk hubby and Irsa. I x kisah x shopping janji dapat jalan2 pun cukup la.




Membeli produk kecantikan di kaunter SK 11. Eh tipu kat kaunter Loreal sebenarnya beli cleanser & essence.



Kaki yang kepenatan sampai ke hari ni baru rasa lega sikit lenguh2 ni. Baru ada mood update blog. I need Spa Treatment now.


Marilah pulang. Mall pun dah nak tutup. Suamiku rasa remaja muda stylo gila ke lipat kaki suar mcm ni.












13 comments:

aramis2177 said...

uishhh....syok noo leh jenjalan jauh sket dr umah kan....mmg sungguh terapi minda nih! betui laa tuh..kita nih pompuan xdapat sopping dpt jenjalan pun jadik la kan ( tipu..xdapat sopping muncung sedepa! ) i likeeeeee irsa's stroller....sungguh matching ngan baju n kasut mak dia...erkk..kalau mak dia pakai serba oren....sila jgn pose depan stroller okehhh! :p

Diamilikku said...

hahahahhaha...kak farah lagi pandai perli beradap...hahahahhaha....weh eza rajin hang no pi penang...aku ni malas sungguh...rasa penat ja duk dalam kete sebab nak pi shopping kat penang..sungguh2 la aku jeles baca kawan2 duk shopping..tapi aku ni jenih tak reti nak shopping..

Psst...hubby aku lagi la takat nak sampai lutut dah kot angkat kaki seluaq..serupa jalan dalam bah ok...

Naddiea said...

hehehe..eza lawak la hang ni.hubby hang lipat kaki seluar nk bagi sama level kemudaan remajaan dengan hang.hang kan ka macam rumaja muda belia gitew.

weh aku x pernah shopping kt penang.pasaipa x tau.pi penang x rasa nk shopping walaupun aku kaki shopping la jugak walaupun x sehebat puan ieta.hihiihi...

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

k farah: mmg la wpun kata x shopping pun x pa tapi dlm hati psg nawaitu nak shopping next time.
stroller irsa tu ekceli nak beli kaler itam tapi x dak stock. jgn risau, ku sedar diri ini. ku x akan pakai kaler oren tau...

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

sone: aku bukan shopping levis, guess, coach, dorothy perkins bagai..ieta blh aaa....aku ni takat pi beli alatan utk cuci muka ja. janji dpt jenjalan.

laki hang senteng suar ok la...umuq muda lg..tapi laki aku ni umuq ja 37...kwn2 dia kebanyakan 20-an. tu x sedaq diri lagi.

shepah: hang mana pandang penang ni..hang pandang midvalley, pavilion. klcc..aku kot la dok kedah apa pun x dak dpt pi penang fuhh mcm keluaq dari jail ja. mcm jakun ja.

kita ni asyik dok mengata ieta kan bab2 sopping ni..hahaha :)

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

akak pun suka ngan simplysiti nih

Long Haffiz Long Hassan said...

uisyh..cakap xpr kalo xshopping..huk3

Diamilikku said...

weh kita duk kutuk ieta rapat...(bab shopping lah kan)..tapi member tak jenguk muka pun..mesti bz shopping kann ...hahhahahaha

ietafakyra said...

MUAHAHHHHHHHAHAHA!! aku sudah datang.......... sowee wei aku sgt bz tahap gaban, bila bz aku mmg diam dan ilang2. :P
aammooiiihh... patut la aku dok tersedak22222 ja rupanya ada org dok sebut nyebut namaku ini! uiisshh, terasa glamer bila kawan2 igt kat aku. tapi jgn la kata aku kaki shopping wei, aku cuma SUKA shopping ja. errkk...sama dak? akakkakaka...
btw eza, sgt best dapat jenjalan. yg penting bersama terchenta n cukup utk buat kita rasa gumbira. eh, pasaipa aku dok komen panjang lebaq sgt nih??? mcm blog sendiri pulak......... kekekekee, *HUGS*

fham5579 said...

eza...sebab hg posing mcm nk berebut adalah sebab sedondon la tu ngan stroller...hihihi
btui la wei...kalau lama x kluaq tgk dunia ala2 aktiviti cam hg ni rasa nk gila, tensen semua mai...kluaq pi mana2 sat jenjalan xpa dah..

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

sone: tu dia mai dah miss shopaholic tu...

ieta: tau la hang bz..kheja hebat gaji hebat makanya sopping pun haibat la!! eh tak pa eh sekali sekala tunjukkan skill penulisan hang kat blog org apa salahnya. x pa komen hang masih belum menunjukkan page 1 of 2 dan seterusnya.

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

eh hanim, cmno buleh terlepas pandang komen hang ni. nampaknya ramai gak berperasaan mcm nak gila bila x kuar jenjalan noh. aku igt aku sorg ja. byk benor komitmen semenjak jadi seorang isteri, ibu dan menantu ni.

aqeela.abduris said...

tu pun jenuh aku ajak berminggu minggu baru nak p gak penang niiiiiiiiiiiiii.

Post a Comment