Monday, August 23, 2010

Menu berbuka di kala tak balik kampung

Yesterday plan nak buat nasi daging yang macam Sone pernah tulis dalam entry dia. (Eh kenapa pulak asal makan jer mesti ada sangkut paut dengan Sone???) Tapi disebabkan kesuntukan masa sebab layan anak makan bubur McD sampai sejam tengah hari semalam, maka tak sempat nak belek2 rempah nasi daging bila shopping di Tesco dan tetiba rasa nak buat ikan steam. Terus called hubby minta dia beli siakap kat market sebab kat Tesco ikan siakap besar2 sangat, tak sesuai makan untuk dua orang. Lepas beli sayur lebih kurang terus balik sampai kat rumah 6 lebih, kalut2 masak sebab banyak barang x prepare. Tapi alhamdulillah cun2 je timing untuk berbuka. Dan semestinya kitchen x sempat nak tidy up.


Menu kitaorang sangat la simple saja sesimple hidup kitaorang yang berkonsepkan minimalist. Dalam erti kata lain kitaorang x suka "sesakkan" rumah dengan benda2 yang x diperlukan..Contohnya bunga-bungaan yang hiasan bagai istana... Bukan x nak ada bunga dalam rumah tapi cukup la satu dua bunga yang simple2. Sebab saya dan hubby adalah manusia paling simple. Hehehe...


Okay, menu buka puasa kitaorang di kala weekend yang x balik kampung adalah hanya 3 jenis dishes. Kalau di rumah mak of course buat2 manja minta mak masak macam2. (Tiba-tiba kesian kat mak, ayah, tok dan adik kat kampung sebab tak balik minggu ni.)


Telur dadar


I bagi nama sayur ni as 'simple vege'


Siakap steam.


Yang sebenarnya siakap ni saya belah dua, tapi saja letak mata ikan facing ke atas supaya orang nampak mcm SEEKOR IKAN bukannya SEBELAH IKAN. Untuk resepi ikan siakap steam ni saya letak kat Online Cook Book supaya nanti ahli2 AMT (Ahli Mesyuarat Tingkap) tak kata saya ahli lelap. Saja nak bagi nampak kata ada juga sumbangan walaupun baru sumbang dua entry resepi...Hehehe.. Mai la jenguk2 blog masak2 kami ni.

Sunday, August 15, 2010

Satar Sone

Mula dengar perkataan SATAR ialah semasa terbaca komen kat facebook Puan Sone. Husband dia minta goreng satar untuk berbuka puasa. Macam tu la lebih kurang ayat dia. So tertanya-tanya jugak la what is satar? Kepochi nak ambik tau and Sone dgn bermurah hati buat entry pasal satar. And petang semalam I got one for myself. Beli from siapa lagi kalau bukan dengan Sone. (For kawan2 blogwalking, Sone ialah my schoolmate, bekas wartawan utusan dan isteri kepada Nasmizan Mohammad). Tetapi dia bukanlah penjual satar ya. Dia syok2 saja jual kat kawan2 office dia. Oleh sebab saya nak rasa juga maka Sone pun jual la kat saya. Kira versi frozen punya lah. And I made it as a starter for the berbuka. 1st time makan satar sementelah 1st time tahu ada makanan nama satar. Biasanya satar yang jual kat pasar malam or pasar ramadhan dibungkus dengan daun pisang tapi yang versi frozen ni pakai kulit popiah. Inti dalam adalah ikan + nyiok (kelapa parut). Pendek kata dia mirip otak2 and solok lada..Lebih kurang macam tu la.


Betul kot rupa dia macam ni bila masak. Yang putih2 sikit tu bakar dalam oven, yang garing2 tu digoreng. Saya suka yang goreng sebab more crispy..Or else saya yang tak pandai baking or oven mak saya rosak... Lepas tu adik minta goreng lima biji pulak untuk dia makan atas bas sebab dia nak balik Shah Alam.







And this is our main course for the berbuka.Semalam mak buat nasi ayam. Simple ja menu kitaorang. Kebetulan adik saya pun balik kampung minggu ni and semalam dia dah nak balik Shah Alam and dia kata nak makan nasi ayam so mak pun masak lah nasi ayam. Sebenarnya tak la se'simple' ini menu kitaorang. Ada lagi sup, cili and kicap tapi yang ditunjukkan hanyalah nasi + ayam dah nama pun nasi ayam.


Saya ni bukanlah jenis yang beriya makan bila berbuka sebab sebaik azan terus minum air then buah kurma seterusnya jamah nasi. Selalu berleter kat hubby bila beli 3-4 jenis kuih kat bazar. Saya tak makan pun kuih muih tu kecuali kalau balik kampung mak yang sediakan dengan air tangan dia sendiri. Saya prefer NASI bila berbuka... It's not about I'm tasteless tapi mungkin dah biasa makan manis2 selepas makan. Kalau tak ada pun tak kisah. Yang penting air dan main course. Cukup.

Monday, August 9, 2010

Pagi Isnin Yang Penuh Debaran

Hehehe...Best best best... Nak tau apa dia? Today I attended an interview at Majlis Bandaraya Alor Setar....Interview ja pun kan, belum dapat lagi. Suka ja nak over canang sana sini. Tapi memang agak best la sebab this year, this is the 1st time my name shortlisted for interview with Gomen. Masa dpt kol pun tak ingat bila aku ada apply untuk jawatan ni. Akauntan Gred 41. Sumpah lupa. Rasanya dalam bulan August last year and since 6 months after closing date still x de khabar berita maka I assumed that my application was unsuccessful. Tak sangka pulak last week dapat call suruh datang interview..Best best best... Kawan-kawan...Tolong la doakan aku dapat kerja ni.


Tapi yang tak bestnya adalah...Candidates yang datang adalah lebih kurang 20 orang, and nak pakai seorang saja. Nak nak aku nampak ada 3 orang candidates lelaki, lagi la aku rasa peluang sangat la TIPIS... Then bila masuk bilik menunggu, ada pulak 2 orang staf MBAS interview untuk post yang sama... Semangat mula merudum. Memang sedari pagi tadi bangun2 tidur terus nervous...mandi nervous, siapkan barang2 anak untuk ke TASKA pun nervous, drive pun nervous. Bayangkan la dulu kalau naik kat parking lot City Plaza Tingkat 6 cuma ambil masa 1 minit tapi kali ni 2 minit plus...Awat yang ketaq sangat tak tau???


So, bila turn aku dipanggil, aku masuk ke dalam dengan Bismillah and menjadi candidate yang seceria mungkin...Bila diminta cerita perihal diri, aku goreng tak mau2, non stop cerita sampai panel yang interview mencelah baru aku stop. And dia tanya apa tugas2 akauntan, aku confident juga jawab. Ditanya ada berapa kerajaan dalam Malaysia pun dapat jawab...Ditanya lagi kawasan manakah under bidang kuasa MBAS pun dapat jawab... Namakan lain2 PBT dalam Negeri Kedah pun dapat jawab. Cuma satu ja...Hasil2 MBAS... Aku ni cerita la bagai cukai pintu, lesen, lesen iklan, lesen penjaja pasar malam, sewa premis....Then aku stop..Kemudian panel tu kata "Itu saja??"...Aku boleh pi sambung "Bayaran masuk toilet kot." Ish boleh keluaq pulak word "kot" itu. Nampak sangat x confident.... Aku lupa nak sebut parking lot and compound!!! Padahal sebelum tu dah study!!! Argggggghhhhh....Tensi tensi!!!! Awat aku boleh jadi pelupa begini.. Tetiba rasa bodoh je...Damn!


And ada lagi la soklan2 lain yang ditanya, kenapa nak kerja dengan MBAS, etc... Yang bestnya dia tengok sijil2 aku dia tanya "Dulu sekolah ASMA ada main band ka. Main instrument apa?" ..Hihi..Bangga seketika jadi ex-band member of SAS. Maklum la sapa tak kenal Sultanah Asma School Band. Then bermula lah sessi sembang2...Sampai masuk ke sessi kartun sponge bob..aku kata aku x tau kartun tu.."Anak saya minat Barney ja"....hahahah....boleh ke gitu..Sembang2 pulak dengan panel interview tu..





Hmmm.... Kawan2....Kawan2 ASMARIAN, tolong doa2kan aku successful dlm interview ni....Kawan blogwalking and sesiapa yang terbaca blog ni...Pls pray for me....Moga aku SUKSES!!! Penat dah dok attend interview ni.

Sunday, August 8, 2010

Menyumbangkan Suara-Suara Sumbang

Me and my BFF Erma @ Che Em memang kaki melalak. Che Em ni bila2 masa saja x kira di mana mesti nak berkaraoke. Aku pun x tau sejak bila dia ni minat karaoke. Seingat aku time study kat UiTM Manjung only once, we went for karaoke together with our BFF, Shasha..And after sekian lama...bila call jer mesti keluar ayat "Eh bila nak karaoke lagi ni?" or "Jom wei karaoke!!!"? And aku pulak since ada hubby yg very the sporting....anytime ja cargas bila org ajak. Bukan hanya dgn Erma but dgn sesiapa saja. Tapi x dak la aku nak buat ghapla pi karaoke dgn lelaki-lelaki yang hubby x kenal. Mostly aku pi dgn ex-colleagues, or kwn2 terdekat and if ada kaum adam yang join hubby mesti dah mengenali org itu atau org itu adalah bf or husband kepada kawan2 aku juga.

Last week I went to KL lagi. Kan minggu sebelum tu dah ke KL...ala..yang masa makan2 dgn BFF at Tenji tu. Kali ni pergi sebab hubby ada gathering dgn kawan2 sekolah dia, Sek Men Teknik Tuanku Jaafar Negeri Sembilan. But aku x join la gathering tu sebaliknya aku kuar dgn Cik Em bertiga dgn Irsa. Hubby Che Em pulak baru discharge from ward and nak have a rest selepas makan ubat prescribed by a doctor. So kami pun "marilah bergoyang".

And Che Em brought me to this venue...



AMP Karaoke Square @ Sunway Pyramid

Karaoke + buffet. Disebabkan tak sampai sejam lepas makan nasi ayam penyet maka kami makan buffet ala-ala kadar ja...Huh..Rugi sungguh. Kalau tau mesti tahan perut x makan sebelum sampai sini.



Kali ni Che Em belanja. Tenkiu my friend. Lihat saja muka Irsa yang monyok @ 1.30am. Mmg letih la sebabkan after long journey from Alor Setar to Kl, we all terus berkaraoke.



Sian Icha x de kawan. Airiel balik kampung. Che Em kata mujur juga anak dia x ikut. Kalau x Airel lah yang conquer mic.



AND


Kami memang boleh 'menjadi' even hanya berdua x kira time...


Semasa Irsa baru berumur setahun satu minggu.



Berkaraoke di e-Box Family Karaoke @ Alor Setar Mall. Kat sini aku boleh dapat discount sbb karaoke ni adalah associate company dgn construction company yg aku pernah kerja dulu. Pendek kata bos yang sama lah. Kalau staff baru masuk kerja tak kenal aku and x nak bagi discount aku direct cari supervisor or manager.



Ini semasa Israk Mikraj bulan May baru2 ni. Yg ni mmg unplanned karaoke. See my hubby serabut balik kerja aku panggil datang sini sbb nak minta dia layan Irsa.






Che Em tobat marah kalau tau aku upload pic ni. Tengok beg plastic kat belakang Icha. Sebenarnya plastic tu berisi 20 bungkus pulut sambal yang Che Em bawak bekal makan dalam bilik karaoke. Kampung betul kami ini. This was what we used to do when kepala otak tak berapa nak center. Plus Alor Setar sangat la memboringkan untuk bershopping.