Monday, August 23, 2010

Menu berbuka di kala tak balik kampung

Yesterday plan nak buat nasi daging yang macam Sone pernah tulis dalam entry dia. (Eh kenapa pulak asal makan jer mesti ada sangkut paut dengan Sone???) Tapi disebabkan kesuntukan masa sebab layan anak makan bubur McD sampai sejam tengah hari semalam, maka tak sempat nak belek2 rempah nasi daging bila shopping di Tesco dan tetiba rasa nak buat ikan steam. Terus called hubby minta dia beli siakap kat market sebab kat Tesco ikan siakap besar2 sangat, tak sesuai makan untuk dua orang. Lepas beli sayur lebih kurang terus balik sampai kat rumah 6 lebih, kalut2 masak sebab banyak barang x prepare. Tapi alhamdulillah cun2 je timing untuk berbuka. Dan semestinya kitchen x sempat nak tidy up.


Menu kitaorang sangat la simple saja sesimple hidup kitaorang yang berkonsepkan minimalist. Dalam erti kata lain kitaorang x suka "sesakkan" rumah dengan benda2 yang x diperlukan..Contohnya bunga-bungaan yang hiasan bagai istana... Bukan x nak ada bunga dalam rumah tapi cukup la satu dua bunga yang simple2. Sebab saya dan hubby adalah manusia paling simple. Hehehe...


Okay, menu buka puasa kitaorang di kala weekend yang x balik kampung adalah hanya 3 jenis dishes. Kalau di rumah mak of course buat2 manja minta mak masak macam2. (Tiba-tiba kesian kat mak, ayah, tok dan adik kat kampung sebab tak balik minggu ni.)


Telur dadar


I bagi nama sayur ni as 'simple vege'


Siakap steam.


Yang sebenarnya siakap ni saya belah dua, tapi saja letak mata ikan facing ke atas supaya orang nampak mcm SEEKOR IKAN bukannya SEBELAH IKAN. Untuk resepi ikan siakap steam ni saya letak kat Online Cook Book supaya nanti ahli2 AMT (Ahli Mesyuarat Tingkap) tak kata saya ahli lelap. Saja nak bagi nampak kata ada juga sumbangan walaupun baru sumbang dua entry resepi...Hehehe.. Mai la jenguk2 blog masak2 kami ni.

11 comments:

-3- said...

yummyyy....

relevan said...

Aduhh..telur dadar sama siakap steam tak boleh tahan..buat kome telan air liur saja ni..

Lady of Leisure said...

huwa.. inikah yg dikatakan simple, meleleh i nengok tau padahal i dah bantai 3 pinggan bihun dah tadi.. heheheh

Hamizah said...

sedap tuh..

elmo blurb said...

smart gile deco !
kalo kite masak cincai je tak kisah hias²... :)

Eka Yucika said...

ngeee~~

craving~~~~~~~~~~~~~
lapooooooooooooorrrrr

Diamilikku said...

kalau kita pi gathering pun takpa no..huhuhuhu...:)

White Bird said...

nyum2 siakap steam tu

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

-3-:
yezzaaaa!!!



releven:
siang2 telan air liur je la ek..



lady:
biaq betoi 3 pinggan bihun. pinggan baby kot. :P



hamizah:
kalau x sedap pun masuk perut sendiri jugak. :)



elmo:
harus la ada hiasan utk cover yg x sedap.heee



eka yucika:
sabaq sat....



sone:
tu la, kalau tau weekend aku begitu memboringkan baik kita pi gathering tu. hubby lak lepak dgn kawan2 dia malam yg hang jumpa tu..nanti kita pi gathering raya nah!



white bird:
nyum nyum nyum...

luvelysyue said...

sdapnye mkanan2..

alhamdulillah

yang jauh di sana said...

sebenarnya aku teringin jgk nak letak resepi kat blog geng tuh...tapi aku takut ada hat keracunan makanan...mampuih hempa semua pakat2 saman aku hehehehehehe...maklumlah...rajin snagat masak... :p

Post a Comment