Thursday, October 7, 2010

Beraya sambil "bercuti di Resort"....Ahaaaa....

Masih lagi entry pasal berhari raya. Tapi kali ni lebih kepada beraya di resort buatan sendiri. Bukan juga nak promote suruh orang sewa homestay ke apa tapi excited nak cerita pasal rumah in law my friend Erma atau lebih suka panggil dia Che Em. Cantik gila vavi. Sebok pulak nak cerita pasal rumah orang, rumah sendiri masih tunggang langgang.

Raya ke-3 lepas kitaorang dijemput oleh Ardy utk attend open house kat kampung dia kat Perlis. Sebelum ni cuma dgr Che Em cerita pasal rumah in law dia, berkali2 dia ajak pi tapi x sampai2. Mujur juga ada alasan beraya so tak dak la malu bila asyik dok usung Nikon ke hulu ke hilir mcm usung anak lagi. Makan tak tera mana tapi posing yang lebih2. Dulu keliling rumah hanya tanah kosong tapi sekarang dikelilingi tasik cantik.


Gilos cantik tak??? Ramai orang dok lalu lalang tertipu ingatkan homestay ka resort ka. Rupanya rumah adik beradik biras ipar duai Che Em.. Kira satu family satu chalet la.. Rumah parents Ardy adalah di depan chalet2 ni. Disebabkan saiz yang sederhana dan tak dapat nak occupied utk anak2 serta cucu2 bila balik kampung maka abg sulung Ardy buat projek ni. Hanya rumah anak2 ja yang dibina dlm konsep chalet. Tapi kalau nak makan nasi apa kena la jalan kaki pi rumah mak ye...


Sebelum nak tinjau2 kawasan kita mukadimah dengan makan2 dulu ye... Open house berkonsepkan BBQ.


Puas dpt ratah ikan bakar...Udang bakar...Ayam panggang... Sate etc...Semua sedap2. Terima kasih tuan rumah Ardy Suhaidy. Tahun depan sila organize lagi. Tapi tahun depan mungkin akan berubah tempat sebab tempat bawah khemah ni akan dibina swimming pool. Yang belakang khemah ni rumah parents Ardy.



Warming up utk aksi photoshoot...Posing dalam rumah Che Em. Teehee jangan tertipu...I jinjat kaki you!!! Baru nampak tinggi sama Che Em.



Dan agenda-agenda bergambar seterusnya..... Layan je la orang gila bergambar ni. Sebab tak payah cuci filem macam kamera dulu2 maka sebab itu tak kedekut, snap pi la berapa puluh kali pun.



Muka teruja macam nak tidur kat sini.


Sepatutnya jadi katil Airiel. Tapi dirasmi dulu oleh Wahida and Wan Afif serta anak2 mereka. Tetiba kat tengah tu anak aku nyeboks saja.



Posing kat verandah belakang rumah Che Em. Cewah sebut verandah...English la konon.



Posing lagi...dengan biras Che Em yang hujung sekali tu and anak2 buah dia.





Memang bukan kitaorang je dok gila bergambar. Cuba tgk mamat baju merah belakang I tue.
Ini dalam rumah abg sulung Ardy yakni pengeluar modal untuk projek ni. So rumah dia best sikit la designnya dari adik beradik yg lain. Kalau org lain semi-d, dia punya banglo and ada banyak bilik dalam rumah ni. Siap ada pantry lagi utk depa nak masak ka apa ka. Tapi kalau aku dapat rumah mcm Che Em besaq rahmat dah. Sapa nak bagi free kan. Sgt la selesa bila balik kampung. Ada king bed, ada queen bed utk anak2, ada aircond, toilet yg sgt menarik design. Complete la pendek kata.



Dalam toilet pun nak melawat kawasan.



Ini tempat shower yg "open concept". Kalau hujan terus tunggu je dalam ni boleh mandi air hujan sampai demam. Jangan ada pesawat latihan lalu atas ni cukup.





Kesian Fadhlil hanya nampak separuh tangan. Eppp... jangan gosip ok jangan gosip..Tak baik tau.



Yang ni baru la betul. Kirah and Fadhlil and their handsome boy Daniel.



The tuan rumah. Si jambu Airiel malu pulak nak bergambaq... Suke pulak tgk pic Erma and Ardy ni. Ala2 lagu Barney "I love you, you love me, we are happy family, with the great big hug and a kiss from me to you, won't you say you love me tooooooo......."




Seterusnya saya dan kesayangan saya!!!



Sudah 11.30 malam cek oiii...Nak balik Aloq Setaq pulak.





Tak payah pergi Langkawi or Pangkor Laut Resort dah...Or nak hebat lagi x payah pergi Sipadan dah...Kat sini pun ada chalet atas air. Bezanya tasik adalah sendiri korek. Kalau sesiapa pergi Perlis pura-pura la ronda dengan kereta atau motor atau nak lagi lama ronda dengan beskal kat Simpang Empat, Jalan Sungai Baru...Boleh la tgk tempat ni.

Saturday, October 2, 2010

My Adhoc Open House

Yang sebenarnya tak rancang nak buat open house pun. Tapi sebab my bff Kirah nak datang beraya di rumah maka dgn sepantas kilat buat decision nak panggil kawan2 Asmarians datang rumah. Itu pun panggil yang mana ada contact number saja. Sedari awal dah plan nak makan banyak2 di rumah Sone kemudian tiba2 jadi adhoc open house di rumah sendiri! Alahai sebenarnya malu nak upload pic dan update entry sebab rumah yang diduduki selama 10 bulan nampak macam baru sebulan masuk. Oh my hubby..bila kita nak upgrade rumah kita bagi tak nampak macam rumah sewa???? Rumah sewa pun lagi cantik apa.

Tetamu paling awal... Sue and family...TQVM for coming







Bila tengok pic ni balik rupanya kitaorang sekelas...Kelas 5D. Sengaja upload dua pic yang seakan2 sama tapi sebenarnya gaya yang berbeza dari Che Em kita.




Gambar tak bercerita...Tapi nak letak jugak sebab best sebab dpt reunite dgn kawan2 sekolah.



Tuan rumah yang berlemuih... Sudahlah berlemuih, dress code mcm bibik sahaja.



Sahabat yang tak pernah tak kalut. Dari sekolah sampai la ni.



Satu-satunya anak kawan yang tak kena rengau dgn anak saya. Ini ada Fizah.



Che Em nak pose di belakang sekali sebab konon nak nampak separuh badan sahaja. And Fizah my jiran yang buat rumah dia mcm hotel adalah tetamu paling last....Dalam seminggu nak jumpa dia pun susah. Wakil kelas 5K mewakili Sone and Azrah tak dapat datang.

Che Em kau buat aksi tak senonoh la...Nanti orang tgk salah faham jadinya. Ohh mak tak rela....



Suami ku memang sentiasa fikir dia masih muda...Lagi 3 tahun life begin at 40!!! Walaupun ramai kata muka suamiku macam Adlin Aman Ramli tak seorang pun nak kata muka saya macam Emelda....Haha...Jangan marah sayang...Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.



Kan dah kata...rumah masih dalam proses upgrading..Tengok lah tetamu duduk atas lantai sahaja..Ini jiran depan rumah sewa dulu2 kala.



Salute dengan Weda...Sudahlah menghitung hari...siap handle dua orang anak dara dia lagi....Sedih lak aih hang duduk atas tangga ja.








Konon nak hantar tetamu2 pulang tapi sendiri nak bergambar lagi...Mujur la tetamu pun yang kepala camwhoring juga.


Ini gambar last dgn Che Em....Lepas tu terus salin baju and tepek bedak sikit kat muka terus pergi rumah Sone.


Tetiba dah sampai rumah Sone...Mujur sampai lewat lepas habis majlis Tahlil..Biasa ni dua orang ni tak pakai baju kurung...Yang sebenarnya nak teman Che Em nanti dia sorang2 tak pakai baju kurung..Ahaaa.....(Sone pinjam gambar fesbuk).




Walaupun open house ni terjadi sebab Kirah tapi dia yang tak dapat datang...Macam tu cerita dia. And trillion thanks to Che Em, Shasha, Weda, Fizah and Sue a.k.a. tetamu paling punctual for coming to teratak serba kekurangan hamba. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan buat lagi meriah dan harap kali tu rumah saya tak kesian mcm sekarang.