Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Berhari Raya

I really miss it!!! Itu adalah perkara pertama bila buka blogspot. Ramai orang tegur "awat hang x hapdet blog?" Bukan malas, bukan dah boring tapi MASA... Sangat la busy dgn agenda tertentu. Tambahan pulak bulan puasa rasanya x sempat nak pegang laptop pun. And as for now Celcom broadband really sucks..Nak upload satu pic pun ada satu jam.



So sebelum terlambat, sebelum habis bulan Syawal saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Buat Semua Semualah yang membaca blog ni. I rindu la korang2, rindu nak blogwalking mcm dulu2. Maaf untuk Celcom Malaysia juga sebab selalu maki2 bila "kau punya broadband service adalah selambat siput sedut." Damn you Celcom Broadband!!!



Tahun ni sepatutnya raya pertama di kampung family saya di Langgar, Kedah tapi oleh kerana dan sebab cuti cuma 3 hari so saya and hubby decide raya pertama & kedua adalah di Sungai Besar, Selangor and raya ketiga di Kedah. Okay la kot..adil juga la mcm tu. Masih sempat untuk berhari raya dengan family dan bff juga!


Sebab hari raya pertama jatuh hari Jumaat maka baraan kami adalah selepas lelaki selesai solat Jumaat. Hanya sempat 3 buah rumah. Di Selangor, baraan adalah aktiviti ziarah menziarahi dari rumah ke rumah dan selalunya kitaorang pergi in group. Konvoi banyak2 kereta dengan adik beradik hubby yang lain. Even bukan 11 buah kereta adik beradik hubby ikut baraan tapi jalan raya tetap macam rombongan VVIP, hanya kami dan keluarga kami di jalan raya.


Rumah pertama baraan kami adalah rumah Mak Long...Tak boleh belah betul tengok yang baju peach tudung peach di hujung itew duduk bersimpuh sangat la sopan. Menantu sapa la nih??




Seronok berhari raya. Best ohh beraya di Selangor. Kalau tak percaya kawin orang Selangor.


Part of family and relative. Kulaan Banjar. MIL adalah keturunan Banjar and arwah FIL adalah dari Penang. Maksu, adik kepada arwah pak mertua pun menetap di Selangor and paling cute even berpuluh tahun stay di Selangor loghat utara maintain sampai sekarang. My biras pula ada 2-3 orang yang keturunan Jawa. Meriah kan! Tapi satu ja saya x tau... masak masakan Banjar. Cakap Banjar tau sikit2 dah sekarang. Bangga bangga.



Mak dengan anak dua2 dok jeling berapa ringgit la mak ngah nak bagi duit raya kat kami ni. Money is everything..heheh. -_-


Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ikhlas: Azalina, Othman & Arianna Irsa