Monday, March 29, 2010

Mission Aborted

Last Saturday, everybody was busy talking about the Earth Hour. Okay..switch off lampu selama satu jam started from 8.30pm to 9.30pm. Me too... initially flared up, dgn semangat yang berkobar-kobar nak tutup lampu konon. Tetapi terbabas tidur dari pukul 7 ptg smpai 8 mlm (ayahanda di desa tercinta.....jangan marah nooo cek tidoq time Maghrib) makanya saya terlewat utk prepare dinner. Pukul 8.15 mlm baru terhegeh2 nak start cook. Ringg!!! 8.30 mlm lampu kena padam tapi jenguk neighbour belakang selamba badak diaorg dok berpesta lampu. 8.33 mlm saya start off, tapi kan actually lilin x de kat rumah sbb x penah kena black out sejak pindah ke sini. And my sis yg kebetulan this week dtg bermalam di rumah saya cakap "Eh tadi aku nampak ada lilin kek Secret Recipe dlm meja Doremon"(coffee table rumah saya yg saya sumbat segalanya mcm poket Doraemon).

But...


Mission aborted after half way kitaorg bergelap sementelah lilin kek 4 batang hanya mampu
bertahan selama 5 min dan perut berkeroncong serta nak tgk Akademi Fantasia 8 yang masih belum terasa kehangatannya. I rasa AF8 is yet to unveil its marvellous showmanship among the student tambahan pula saya rasa pemilihan student AF8 (especially yg gegirl) lebih tertumpu kepada pelajar from Sabah/Sarawak for the sake of ASTRO sendiri. Nak up sales..nak duit from SMS, duit yg org dok undi2 tu..etc.. Hepp...terkeluar topik nampak....
Kesimpulannya pukul 9 mlm saya on lampu semula sbb lilin 4 batang saiz batang mancis dah habis dan x sanggup makan dlm gelap mana la tau tercekik tulang ataupun lizard poop jatuh dlm lauk...I managed to make the right climate deal for only half an hour. Okey tak? Sayangilah planet kita.




Jangan terpedaya dgn kecerahan flash camera. Mmg time ni tutup lampu tau. Masa ni mmg tgh control sbb tahu sedang di candid camera (",)

Thursday, March 25, 2010

Tak Sabar

Sape yang dok follow cerita Dyesebel kat Astro Prima (Isnin-Rabu 2.00pm-3.00pm ulangan pukul 12.30 tgh mlm) sure ada perasaan mcm saya. Skrg ni x sabar nak tunggu Isnin depan nak tgk sambungan dia. Hari ni baru Khamis, lagi 3 hari nak sampai Isnin depan...aduyaiiii!!!

Dyesebel (Lakonan Marian Rivera) ikan duyung yang jatuh cinta dgn manusia bernama Fredo (Lakonan Dingdong Dantes). Silalah Google utk dapatkan sinopsis sbb ini bukan entri cerita Dyesebel. Ini entri psl kegilaan saya terhadap cerita ni. Gila punya syiok tgk cerita ni sampaikan last week bila Astro Prima buat kesilapan teknikal dengan tidak menyiarkan subtitle saya naik gila telefon ASTRO 3 kali berturut2 complain psl benda ni. Kali ketiga saya call customer service tu dah cakap awal2 lagi (tanpa saya memperkenalkan diri) minta maaf psl kesilapan yg berlaku ke atas cerita Dyesebel yg masih x dapat nak di"solve"kan kesilapan teknikalnya. Nasib baik ASTRO x guna 3G utk tgk setiap muka bengang customer yg buat complain.

Saya x sabar nak tgk mcm mana Fredo naik kapal selam yang diberi nama Nautilus untuk pergi ke tempat duyung bermastautin iaitu tempat paling jauh di dasar lautan dinamakan Sirenea. Dyesebel merajuk membawa diri ke tempat asal bila dia fikirkan kehidupannya di darat membawa nasib malang kepada ramai orang. Go Fredo. Saya x suka Erebus tackle Dyesebel!!! Haish..Cepat la hari Isnin.

Dialah jejaka buat saya tidur lambat setiap hari dan bangun lambat ke ofis


Awat la hang gojes sangat???




Notes: Sapa nak hadiahkan VCD Dyesebel kat saya kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan :)





Monday, March 22, 2010

Diari Mingguan Eza

Last Friday saya suruh suami terchenta tukar off day kerja sebabnya Pengusaha Taska kat tempat anak saya bercuti sempena kenduri arwah. Sebelah petang pulak hubby bawak Irsa jalan2 pegi main game...Then he called me while I was OTW home, saying that they gonna off to Menara Alor Setar, ada program apa ntah kat sana, saja bawak Icha tgk org dancing..Tapi once dah sampai sana terjumpa la pulak si Fauziah Hanafi and Hanif Fitriza my ex sch mate. Diaorg mmg kerja dgn Menara Alor Setar and kena attend event yg Menara buat. So apa lagi..Sudahnya saya suruh hubby yg entertain Irsa and balik rumah dulu (since kitaorg dtg kereta asing2) and saya berborak dgn Fauziah sampai pukul 8.00 mlm. :)

Hanif yang berdarah manis aauuwww!! and Fauziah yg masih pot pet pot pet mcm zaman sekolah dulu.


Saturday pulak...mulanya janji dgn Wahida nak pegi tgk anak Shasha yg sudah 40 hari lebih bersalin...But hari ni Irsa and me exhausted apa sgt ntah..kitaorg membuta dari pukul 2 smpai la nak dkt 5 ptg baru terbangun.. Finally..sms Wahida minta cancel appointment..Nasib baik dia okay2 jerrr... Then saya ke Tesco berdua dgn Irsa nak beli susu dia... Bila nak pergi Tesco saya akan tya Irsa "Where r we going to?" Irsa akan balas "Koo...Kaa!!!" Asal pegi Tesco Irsa akan sebut Koo...Kaa.... If pass by depan Tesco and dia nampak logo tu dia sebut "Koo...Kaa!!!" Mai mana la perkataan ni..Jenuh train dia nak bg dia sebut Tesco. Sampai kat Tesco ada la pulak promoter susu apa ntah dok promote suruh try produk susu company dia. Hish...x paham2 bahasa ke amoi ni. Org dah kata anak saya minum susu Isomil, dia allergy susu lembu...Tapi dok suruh try jugak....Pang karang!!!!


Hari Ahad yg ceria... Today I woke up 10.15am... Satu jam lebih awal dari semalam. Teringat yesterday hubby ada beli petai dgn santan, as a wife paham la apa dia nak... I made Masak Lemak Petai!!! Pelik kan nama masakan ni. Masa mula2 kawin dgn hubby saya sendiri terasa pelik dgn masakan ni.. Tak pernah dgr pun kan. Bila dah balik Kedah dengan perasaan terujanya bagitau emak.... "Family Man makan masak lemak petai". Konsepnya sama ja dgn masak lemak terung cuma kita x letak lada hitam.


ALOH ALOH ALOH bini sapa la yg buat aksi rajin di hari weekend ni kikis kulit petai buat masak lemak ni... Saya upload pic ni sbb ini kali kedua saya masak sepanjang 4 thn 6 bln dan 25 hari menjadi isteri kepada Othman Jamhari.. Note: Saya bukan pemakan petai ya!!



Petang..Tunggu Wahida balik kerja...Then pegi la rumah Shasha w'pun pada mula Wahida silap bagi info yg Shasha dah pulang ke rumah mertua a.k.a. rumah Kirin di Taman Uda. Mujur la saya x pegi sana bagi salam dgn penuh sopan santun. Mana la nak letak muka kalau silap ni. Okay...Proudly presenting to you...




")




")




")




")




")




New comer to AKIESS Junior


Baby Khalis, masa lahir beratnya 3.84kg. SEJIBIK muka Kirin. Tapi baru blk rumah dlm 2 mggu kot...Kena tahan kat NICU sbb mslh saluran hidung kecil..Susah nak bernafas ikut hidung...Seram tau bila dgr Shasha cerita dia operate hidung tu.. Whateva..budak ni cute kan..Putih melepak mcm parents dia. Gambar ni sbb x buka flash sbb tu agak malap.



Dah dah Maghrib...Jom balik. Tak baik tau tgk baby baru lahir sampai senja2 ni.

Tuesday, March 16, 2010

Extreme Appetite In The Air

I ate too much lately!!! I just don't know why and I don't understand what is happening around. I eat dinner at 9.00pm, then 2-3 hours later I hunger for more...I can even eat ice cream with Gardenia bread slices or sometime I cook instant noodles with egg or I eat bread with cheese or the least I would do is just having stacks of cracker after having my dinner. Believe it or not I do this every night okay... If I was at outside I would stop at 24 hours KFC and buy cheezy wedges or twister no matter it is already 12.00am or 1.00am. My brain only set to EAT and EAT and EAT!!!

I am not in any of pregnancy trimester nor in menstruation where people relate it to hormone . I have no idea if it is because of metabolism. If yes than it will be fine for me. Probably I shud take more slow-burning carbs instead. But it actually already include in my daily meals. What shud I do? What shud I eat and what food shud I avoid? Why I'm starving all the time and if I suddenly awake at night I do feel like to eat or to chew something but just because I'm lazy to go downstairs so I sleep back till morning. It always happen to me. Have anyone been in my situation?

I asked my hubby why I always feel starving all the time and you know what he said "Maybe because of hot weather." Hahaha...What a really unacceptable answer right? My tummy-always taking job to be a Lori Bandaran clearing any unfinish meals. Looking from my mom and sisters body size sometime I think it is the initiation of me getting bigger. :(

I read somewhere on the internet about tapeworm-a bacteria that grows into a worm like creature and eats whatever food enters the stomach before it reaches to actual stomach.. And maybe because of that I didn't get enough food for my tummy???..(Eeeiii...this statement really tickling my neck...yucks!!!). Oh pelisss!! I dont want to think anymore.Shud I need consultation from doctor?


At my parent's house during several days after CNY... staying up @ midnight blogging about Sabah Trip (",) , facebooking, eating, chatting while "kutuking" sister who just started doing assignment at the very last minute a.k.a last day holiday and her bus schedule on next morning was just less than 8 hours from the moment of this pic taken. As usual lah...the looking-bibik face embellish this blog. Cute huh!!

Thursday, March 11, 2010

Adakah Sudah Datang Seru???

Yesterday ada org datang jual tudung kat ofis..tudung yg segera tu..saya kurang berminat tudung style tu. Bila tgk org lain pakai cun saja pun, tapi kenapa bila saya pakai rasa mcm x kena ja dgn saya. Tapi dlm byk2 tudung ada la tersesat shawl 3 helai...Saya terus borong ketiga-tiganya with total price of RM25... Biasa diaorg jual sehelai dlm RM10 -RM15... Saya lebih gemar pakai selendang or skrg ni org panggil tudung Yuna. Biarlah susah payah sikit nak lilit melilit tapi entah kenapa minat saya ke situ. Bahkan telah berangan bila masuk keja dgn gomen nak pakai selendang mcm ni pegi office!! Adakah saya punya time begitu cukup nak lilit2 selendang ni? Sekarang free hair pun blh x sempat sikat rambut, harap sikat dalam kereta itupun kalau teringat.


Kau tengok ada org syok sendiri snap pic sorg2 dlm bilik kat umah... Hahah.. Annoying betul kan.

Anda boleh hubungi saya untuk model tudung butik anda.. :)

Tamak x tamak saya beli 3 helai... Akan dibeli lagi untuk koleksi... Bila la nak pakai...








Tuesday, March 9, 2010

Tips Anak Eczema

Lately ni Irsa eczema teruk. Maybe because of extremely hot wheather and kulit selalu berpeluh. Every night kena bawak naik keta nak bagi dia tidur. Sometime dia x tahan gatal, dia nangis jerit2 mcm kena pukul....Bila la nak pasang aircond ni. Belum ada masa nak pi survey what brand to choose. Friends, any suggestion?

Saya terpanggil untuk tulis entri ni, and nak share sedikit tips yang paed bagi utk saya. Masih teringat lagi ayat pertama paed cakap kat saya masa mula2 Irsa kena eczema. Paed said, "Oh ini type anak org kaya, puteri lilin..x boleh kena panas, x boleh peluh, x boleh habuk, kena duduk aircond saja" Hahaha...anak orang kaya tapi mak bapak dia sudah kayap!!

Ini antara advice yang paed berikan kat saya:

1) No carpet, no teddy bear, no toys yang berbulu2 in the house.
2) Rumah x boleh sapu, hanya vacuum and mop hari2...(wah, sapa ada kudrat nak mop rumah hari2 mmg saya salute)
3) Bedsheet, pillowcase, blanket kena tukar once a week. Bantal dia mesti jemur kat bawah matahari dlm sejam untuk matikan kuman.
4) Jauhi asap, habuk, cats (w'pun anak kita x direct main dgn cat tapi kelemumur kucing boleh melekat pada sofa, lantai, etc and bila anak yg x tahan dgn cats akan mudah terkena elergi) - Note:Tapi saya tgk Baby Lyana ni tahan la pulak dgn cat.
5)Tak boleh pakai bedak. Banyak petua from orang tua2 suruh letak bedak sejuk tapi sebenarnya it is forbidden. Patut la dulu penah letak bedak sejuk masa Irsa elergi dlm pantang tapi semakin teruk la pulak.
6) Mandi harus guna PH 5.5 product. Mengikut tuan doktor w'pun banyak product baby di pasaran (like Johnson's baby, Anakku, Pureen, etc) still ada sedikit chemical yang membuatkan skin anak kita elergic. Setakat ni, saya bagi Irsa mandi guna shower gel Seba Med or Pinetarsol. Tapi Pinetarsol ni sgt la busuk bau dia mcm ubat cuci luka tu..If kulit Irsa teruk sesangat baru pakai Pinetarsol. Ada juga antara kwn2 saya guna Lactacyd Baby Bath.
7) Setiap kali selepas mandi mesti letak moistuizer. Yang ni pun dia tak galakkan anak saya pakai jenama2 baby yang ada di pasaran sbb mengandungi pewangi dan pewarna. Makanya losyen itu terpaksa la di beli di klinik2 berdekatan sahaja. (Nak duit la tu)
8) Bila baby berpeluh especially pada global warming yang amat kritikal ketika ini, selalu-selalulah lap badan baby dgn towel lembab. Don't rub, just wipe ok..
9) Bab2 pemakanan, elakkan dari makan fruits dari negara beriklim sejuk such as strawberry, blueberry, etc. Saya x tau kenapa sebab x boleh makan.

Tips2 di atas adalah sekadar nasihat paed utk anak saya, bukan lah 100% effective. Jangan la pulak nanti ada yang complain kenapa x berkesan ya. Lain budak lain pulak caranya. Doktor kata semakin besar, semakin hilang eczema. Oh, cepat-cepatlah besar anakku!








Thursday, February 25, 2010

Kemalasan Yang Amat -Sigh-

This week I memang x beli lauk basah langsung. I masak simple2 je. Ahad, after dinner kat kg baru balik rumah sendiri. Menu dari Monday till Wednesday sgt2 nampak mcm org bujang yg masak. Alasannya banyak kerja nak buat, banyak baju nak kena lipat...Tapi once dah mengadap TV lain pulak ceritanya...

Senarai menu tidak seimbang saya minggu ini:
(Isnin - Nasi goreng + ayam goreng)
(Selasa - Sardin, telur dadar, ayam goreng halia n sosej)

And menu malam tadi (Rabu):
Sambal telur - Inspired by Pn Ieta after reading her blog yesterday... Sangat ringkas okay... Pinggan ni dpt hadiah beli sabun Daia.


The simplest menu in town. Ikan kering yang dibeli di Sabah. Ikan ni crispy mcm keropok.Ada la lagi sikit2 dlm simpanan. Ikan pun jadi liuk lentok ikut saiz kuali kecik gara2 malas tukar kuali.


Sardin lebihan hari sebelumnya. Still elok lagi tau. I simpan dlm fridge. W'pun x suka makan makanan perangat tapi sengaja dihidangkan untuk memeriahkan meja makan.

And for my little girl....

ABC's shape pasta and cheese with shedded spring onion - (Menu description yang panjang mengindahkan khabar dari rupa)


Yang ni habis licin la pulak Irsa makan..Time masak bubur tu puas la follow belakang bontot dia paksa dia makan...Itupun x habis and buat perangai tutup mulut rapat2 bila kita nak suap. If masak nasi dgn sup pulak...asyik nak hirup kuah sup. Nasi ada la semulut dua dia makan then dia buat2 nak luah. Adakah korang pernah melalui fasa ini????

Pity my hubby and my daughter dapat wife/ibu yang penyegan...Mujurlah hubby jenis x kisah. Itupun malam tadi dia kata nak beli luar je tapi I insisted to cook since nak habiskan stok makanan dlm fridge.

Malam ni confirm x masak coz we are going back to Selangor sempena 100 days kenduri arwah FIL and nak buat akikah Irsa. (Kesian tokwan Kedah, jenuh cari kambing nak buat akikah kat Kedah tapi x jumpa2 yang cukup umur, jenuh la cari sampai ke Baling tapi x dak). End up family mertua suggest buat akikah Irsa sekali dgn akikah anak sedara sebelah hubby. Moga2 connection broadband kat kg nnti okay supaya boleh main Cafe World & Farmville.

Sunday, February 14, 2010

Hari Jadian di Sabah

I'm 30+1 = 31 years.. Ya 03/02/2010 genap lah saya melangkah satu tangga dlm era 30-an..
Kalau boleh nak setakat 25 tahun boleh x???? Apa pun saya bersyukur saya masih sihat walafiat dan masih bernafas hingga ke saat ini... Dan saya sekeluarga (ceh mcm ramai ja) sudah memang plan untuk celebrate birthday di Sabah sambil bercuti-cutian Malaysia. And this was our first vacation in 2010. Dari bulan May last year dah booking tiket flight, just RM400++ pergi-balik for the three of us by Air Asia. Murah kan. Tapi 5 bln lepas tu ada pulak promo RM16 sehala/seorang...Apa perasaan saya agaknya time tu ya bila tgk promo tu??? Saya memang pantang perihal profit/loss ni...

Safely landed at KK International Airport di tengah hari rembang, tambah dengan cuaca yg sgt panas sekarang ni, namun hati sgt teruja...sanggup berhenti tgh panas posing dulu!!!

Mendaki puncak...Menuju ke Kundasang...The bad thing is jalan kat KK ni kedekut sgt dgn signboard, nak dtg sini puas belek peta, dah half way baru ada signboard ke Ranau, Kundasang, Mount Kinabalu... Kitaorg naik bukit pakai Kancil je tau...


Baru sampai resort terus nak view Mount Kinabalu... Ala..awan tebal la...Sok kita tgk lain ye...


Rutin bermalam di hotel ialah bangun pagi x mandi turun breakfast. Pecah rahsia...Hahaha.. Muka selekeh maid x boleh blah. Betul la kata Fauziah Hanafi yg komen pic ni kat FB "Ni hang ka maid hang Eza"

Saya suggest kat hubby..."Nanti if pegi KK nak x kita tido area Kundasang satu hari, nak tgk Kinabalu and sunrise closely"... End up, saya tgk dlm mimpi. Hubby yang gigih bangun pagi2 view sorang2...Saya x tau la camera tu dia letak atas apa, kitaorg mana ada tripod.

Kinabalu Peak.View yg sejuk mata memandang. Puas fully zoom lense nak dptkan view ni. Resort kitaorg pun dah memang at top of the hill (Celyn Resort)...so senang bangat nak tgk Mount Kinabalu nih.My hubby mula2 x percaya yg ni Kinabalu Peak. Dia tya kenapa pic yg dia tgk before ni peak dia tajam, kenapa yg ni lebar? Adoi la...Itu masing2 pya photography technique la...Different angle.



At the Kinabalu Park...Singgah sekejap sebelum ke KK. X berani bawak Irsa lebih dlm...Takut la juga dia kan still baby, setakat bhgn luar Botanical Garden boleh la..


Experiencing the nature

At Manukan Island yg sgt saya chenta...


Tengok rambut pun tau dah yg bot tgh laju. Well my HP camera was not that bad... Pic x shaky pun kan. (Muka control senyum padahal cuak gila naik banana bot kecik merentasi South-China Sea ke Manukan Island)

Sumpah cantikkkkkk....I love the blue-turquoise tone color...

Saya jatuh cinta dgn air laut kat sini...


Malam ke-2 di KK, makan dekat Food Court, Seri Selera Kg Air. Only seafood yang dijual. Toke2 sini mostly Chinese and ada pekerja Muslim jugak. It is serve no pork place. Ade juga Muslim yang makan kat sini tapi x ramai. Perut still kenyang tapi saja nak ambik rasa.

Squid - Apa nama masakan pun saya x tau... Toke kedai yg suggest.

Prawn - Pun x tau nama masakan ni

Sea bass fish.. Masak sweet sour versi Sabah kot...

Order chicken dumpling a.k.a. my favorite dish - Tapi after makan minda mula terdetik, tmpt ni mmg serve no pork, ada staff muslim, ada juga muslim mai makan tapi ayam ni sapa dia pya supplier? Chinese ke Muslim? Sabah ni bkn leh kira sgt.. Apa pun, harap2 halalan toyyiba la...


Irsa very excited dgn lobby hotel ni,maybe sbb luas... Then byk surface yg reflect muka dia especially at the floor tile and the table, so dia suka..Everytime kitaorg nak keluar or balik hotel dia mesti tuju ke sini..Sambil jalan2 kat lobi ni sambil lambai2 kat front desk staff persis Miss World yg baru menang pertandigan..Ramah terlebih. Ini la tempat kami bermalam di KK selama 2 malam.Nama hotel ni The Palace Hotel.




Back from dinner, before naik ke bilik Irsa mesti nak singgah sini...

Kilatnya somi ku ini...



Having bday dinner @ Le Meridien Hotel.. Tell ya, I gave 10/10 marks for their services. Credit to the waiter and an old Australian lady who offered themselves to snap our pics above. Maybe diaorg kesian tgk kami dok bergilir2 snap pic so diaorg sendiri yg meng"offer"kan diri tlg kitaorg snap gambar.

Ini pic baru korek dari peti harta karun kurun ke-15...Hahaha...

Membeli dan membelah di Filipina Market...Frust menonggeng sbb masa yg terhad, byk org yg termiss utk souvenir termasuk my kawan karib. Banyak habiskan masa cari mutiara utk my mom and my auntie2... Saya mmg x berminat dgn perhiasan ala2 tok2 tin2 ni.. Saya cuma beli rantai silver dgn loket mutiara sebiji utk diri sendiri.

Flight back to Alor Setar, to where we belong after spending 4 days in Sabah...Cuba teka..Saya tidur betul2 ke tipu2???


This is the longest entry so far....Patut la smpai nak dekat sebulan baru nak update...More pics on my FB okay...Kalau nak tgk la..X paksa...

Sunday, February 7, 2010

Huggies not that bad

Hari ni saya suka nak bercakap tentang nak mix diaper yg Irsa pakai. Saya rasa dia sudah serasi utk tukar diaper baru after saya try bg dia pakai Huggies travel pack that I bought after realizing her bag was already put under aircraft luggage. So nak x nak terpaksa beli Huggies yang 4 pcs/pack tu in case dia poo poo dlm flight. Lagipun tgk kawan2 and my cousin semua pakat2 campur diaper utk anak2 diaorg so why not I try the same.

From birth until now memang Irsa cuma pakai Mamy Poko. Masa tu x tau sangat harga2 diaper di pasaran almaklumlah baru jadi mummy. Mmg time confinement sgt2 x tahan dgn penggunaan diaper sbb Irsa poo poo hampir 8-10 kali sehari. Sabar je la time tu tapi apa nak buat, coz dia BF so kerap la dia poo poo.. Tapi mujurlah saya x perlu beli FM utk dia.Umur dia 3-4 months saya rasa nak tukar Huggies as it is more commercially used by mommies out there. Saya siap beli yg 80++ punya packing...yang color merah tu..If I'm not mistaken Huggies Comfort Dry..Mana tau it didn't work for Irsa. She got lots of nappy rashes, kesian dia tergaru sana sini... Her skin turned reddish and I had to stop using Huggies and continue with Mamy Poko w'pun kdg2 tekanan bila Irsa poo poo 1-2 min after wearing the diaper.

I thought Irsa dah semakin besar and kulit semakin okay plus saya tgk dia pakai Huggies travel pack ok je pun...So last Friday pegi la Tesco yang sememangnya tengah ada sales, beli Huggies yg 80pcs saiz M (RM32.90) and Mamy Poko 66pcs saiz M (RM45.99) - Can't you see the price comparison among these two brand?

Sekali- dua- tiga pakai ok lagi but I rasa start hari ni Irsa dah mula tergaru sana sini kat area diaper dia..Aisey..X kan x ok kot..dah la saya beli yg pack besar..x kan nak kena discard kot. Baru guna 4-5 kpg je ni... Hari tu masa pakai yg travel pack ok je pun..Ni bila beli yg jumbo pack x semena2 x ok apesal pulak.... Org lain pakai okay je pun... Kalau dia serasi dgn diaper lain saya plan nak tukar mandian dia pulak... Paed says, bila Irsa semakin besar kulit dia akan semakin ok. Skrg sangat x tahan dgn maintenance Irsa but the good thing is Irsa x boleh pakai bedak due to sensitive skin..So saya boleh jimat duit di situ. Cuma losyen and moisturiser dia kena beli di clinic. Apapun I think Huggies not that bad la for me..Maybe kena tunggu sikit masa lagi utk Irsa tukar ke Huggies.

Sunday, January 24, 2010

Bila semua nak buat last minute...

Oleh kerana dah janji dgn boss nak submit account by end of this month maka minggu ni saya terpaksa la bekerja lebih masa. Lagipun month end nak cuti seminggu (tp x bgtau boss lagi) nak pi vaca + celeb my bday so x mau la tinggalkan office dgn tugas2 terbengkalai. Account company saya ni x banyak transaction tp disebabkan payment system yg x sistematik..itu yg buat saya menyampah nak buat account ni... Ada cheque issued without payment voucher sbb boss suka2 hati issue cheque utk personal matter dia...Then nak contra kan dgn account dia la..cakap kat sini pun x guna...Hanya yang menghadapi yg tau betapa sukarnya buat account yg x sistematik ni. Sudahnya saya yg pening nak check balik bila dah tinggal lama...Nak checking balik tu yg ambil masa... Saya mmg buat account last minute sbb saya x suka dgn sistem dlm office ni.
Yesterday (Saturday) - hubby kerja, taska pun x buka so saya bawa Irsa ke office. Habis tilam bantal Irsa diangkut ke office. Nak hantar kat mak kat kg kesian la pulak...tambah Irsa sekarang dah x mcm dulu...skrg mak sgt susah nak handle dia almaklumlah si kecik ni dah cekap berjalan...asyik cewi ja...asyik nak jalan saja....


Before pegi office, kitaorg singgah supermarket dulu..nak beli Heinz Apple + Oatmeal cereal for Irsa...skrg ni mata Irsa cepat sgt tangkap apa2 toys or bear2, mesti dia jerit2 nak..so saya belikan dia bantal peluk ini...Once dah dpt dia asyik peluk saja...x sempat cashier nak scan price. Then we off to KFC, saya nak lunch dulu B4 nak buat kerja...

-Jangan kata apa...saya mmg selekeh lately-


Sampai kat office, Irsa main2 kejap..heran dia dgn surrounding yang lain dari lain...Berjalan keliling office...main itu ini....Rasa dia dah ngantuk so saya bancuh susu, dah habis sebotol tapi x nak tido pun. Kejap2 merengek nak tido..bagi pen & kertas dia conteng2...dia diam...x lama lps tu dia dah boring then bagi calculator pulak...diam kejap..then dia boring lagi and merengek...bagi botol losyen yg sy tinggal kat office....Tapi x lama tu dia merengek balik..Mmg dah ngantuk sgt la tu...asyik gosok2 mata tapi selagi x dpt BF selagi tu x nak tido..maka terpaksa la BF dia sambil buat keja sikit2...



When she fall asleep....Sempat la update account 2 bulan...


Kesian...umur 14 bulan dah ikut mummy ke office..



Meja saya sekarang...Kalau cari bapak gajah pun x akan jumpa dgn meja yg sebegini rupa....




Today I ke office juga...Tapi Irsa ditinggalkan kat si suami... B4 pegi office sempat la buat nasi goreng idea sendiri makan dgn sambal sotong yg lebih malam tadi kat encik suami. And masak rice porridge with salmon kat Irsa... Saya pulak..Bun Bilis Gardenia + Mineral Water. Ok..nak sambung buat kerja...Daaaaaa!!!!!!






Monday, January 11, 2010

Tension + Geram + Sukeeeee + Alamak...


Pertama
Tis Monday blue started with a tense from me early in the morning. Bateri keretaku kong..Keta x boleh start. Called hubby at work, he said he got meeting until 11.00 am..Arrghhh....Aku x kira, dia tgh attend meeting ke apa ke aku dok keep calling and sms him asking how I gonna go to office, finally he called one o workshop nearby my resident area and pomen to pun dtg tukar bateri. It's not about the battery is weak, it's the alternater yg rosak..bateri x blh charge dgn sempurna.. Ok...today I arrived to office @ 12.20 pm.



Kedua
Geram w my boss. Selama ni geram kat dia x penah nak tulis dlm blog takut anak2 dia yg juga merangkap anak2 buah aku baca my entry. Tapi kali ni I geram sgt coz dia kata aku silap dgr arahan. Last Friday, he asked me to issue P.O. for raw material kat kilang... As he juz instructed via intercom so I jotted down la quantity yg dia suruh order...Today dia nak confirmkan psl order tu..and he was shocked sbb quantity order x sama dgn yg dia nak...Heloooo bos...I masih lg simpan note masa I cakap tepon dgn u, quantity sekian2 u suruh order. Even my colleague pun dgr I cakap dgn boss coz I keep saying the quantity sambil tulis note kat kertas kecik ni.



Ketiga
Ok....Ini story yg ala2 santai dan boleh releasekan tension+geram I utk hari ni. B4 pegi tapau utk lunch, I ada nampak keta skuad Perodua Era kat bwh opis I, so dah blh agak la kan diaorg akan tya soklan2 cepumas and aku pun ntah kenapa hari ni makan kat bwh opis kat kedai dobi sambil buat2 ramah borak dgn makcik dobi dgn harapan dpt join skuad Perodua Era... Nasib baik I dpt la juga hadiah w'pun sebenarnya I idamkan T-shirt dia. Hadiah2nya adalah berupa:

1-Bam utk otot Cap Lang (ini sesiapa yg lalu tepi kaki lima semua dpt)

2-Tiket ke The Carnival SP which o expire on 31/03/2010 utk seorang (Berangan la sekejap yg tiket tu adalah percutian ke Gold Coast...teheeee)

3-Facial kecantikan di Azie Butik Kecantikan Star Parade (Ini dia tya siapa dah kawin and aku pun angkat la tgn. Gila wa ckp lu....wa x penah pakai product2 sebegini dan yg sewaktu dgnnya di mana ala2 pengelupasan kulit berlaku)

4-Senaskhah majalah Yezz! yang aku sendiri x pasti akan kewujudan magazine ni di pasaran. Cover dia Remy and Tiz Zakiah keluaran January 2010. Balik harus khatam sampai habis.



Terasa diri amat hodoh dgn x mekap + x sikat rambut dtg opis sbb tension keta x leh start + tangan kiri pegang plastik air teh o ais limau mcm kanak2 hingusan. Anyway, suke jugak sbb My Ferio masuk sekali dlm pic ni even cuma nampak bonet blkg seciput-ciputnya and lampu sebelah kanan di bawah pohon nan rendang kat blkg tuh.

Keempat
Punya la happy..mms pic kat atas ni kat hubby (pya la x sempat nak tggu kat rmh ptg karang). Suddenly he called back and bagitau my mom in law maybe nak dtg rumah aku tis coming Wednesday together with my ipar duai and anak2 dia sekali sbb nak daftar masuk Politeknik Arau. Alamak...Mmg aku ade ajak mak dtg rumah but dont expect this fast. I thought maybe after dia abis edah...Ya...malam ni juga aku harus balik rumah selongkar lemari yg dah mmg serabut sbb x sempat kemas since pindah rumah and standby tudung 2-3 helai dan juga baju2 opis yg loose2 utk aku pi opis sepanjang MIL ada di rumah...

P/S : I nak wish Siti Nurhaliza "HEPI B'DAY" wpun sebenarnya dia x tau yg aku dan blog ku wujud dlm dunia cyber ini. And tomorrow is my BFF B'day Rahayu Jaafar. Ayu...aku rindu sayang kamu...lama kita x jumpa...HEPI B'DAY AYU...Hang dah 31 and aku bakal menyusul di blkg...huhu








Sunday, January 10, 2010

Rajin Adik Rajin...Rajin lah Belajar...

Adikku Arifah..kakakmu mengucapkan selamat berjuang 4 the next 2 years in your study. Apesal la hang sambung blajaq kat UiTM Shah Alam. Apesal la UiTM Arau x dak coz Bach Degree in Civil Eng. Aku rasa agak tertekan bila hang dah x duduk kat Utara lagi. Sapa nak balik every week tlg mak kemas kitchen setiap kali mak sudah masak w'pun kdg2 hang dah simpan perkakas yg mak nak guna time masak and mak mesti bising2 kata hang ni x nyempat2 nak kemas dapur. Sapa nak tlg aku cuci toilet kat kampung bila aku x balik and kita dua selalu bertelagah "aku basuh bilik air lagi bersih dari hang", sapa nak masak daging black pepper, sotong goreng tepung, mi hailam yang superb kat aku...huuaaaa....susahnya bila hang x dak Kak Pah ooiiiii....

Tapi....tapi....tapi....


At least aku dah x dengar sora mak tiri mengamuk kalau aku masuk bilik time hang tgh tidur, aku dah x dgr sora hang bising2 marah Aqeela and Madiah bila depa x basuh baju or x kemas bilik or x tarik cadar katil bagi cekang2... Kak Pah...hang x rindu ke kat kakak hang yang cumil ni??? Ni aku stay up semata2 nak update entry psl hang tau x.

Kak Pah w'pun aku tua dari hang 9 thn tapi aku panggil hang Kak Pah... Bukan nak perasan muda tp kwn2 hang a lil bit shock everytime u introduce me as ur sis..hahaha...Kak Pah belajar rajin2 tau..congrate for ur diploma final exam...even 3 semester (kalau x silap aku la) x dpt DL tapi at least final CGPA still DL. Aku bangga ada adik mcm hang even tiap2 kali hang gitau result aku mesti kata "Awat x bagi dpt 4.00" ...Hahaha. Yang sebenarnya aku saja x mau admit kata hang terer dari aku. Dulu result aku x elok sbb dok gatai berteater sgt. Kalau aku pulun mesti hang pun kalah...Muahaahaha... Kak Pah, bila sambung degree ni harap2 every semester dpt DL la kan. Itu yg hang gitau bila aku complain rumah sewa hang area x best langsung, hang kata x pe x mau duduk ramai2 nak study susah. Kalau aku la kan..tobat aku x duduk kawasan tu...(Seksyen 6)..Sabor jela hang ni...Kalau berkesempatan aku pi melawat hang kat sana kita jumpa la kat tempat lain ok... tidak pun aku tunggu dlm keta ja la... Kak Pah.. semester dpn tlg la cari rumah sewa lain yg aku selesa nak pi melawat.

Finally aku lega bila dah x jadi P.A. hang tlg pegang files suma and tercangak tunggu hang register.

Hang patut say thank u kat aku...for treating u olz stay kat Marriot ok semata2 nak hantar hang register UiTM...Baik x kakak hang yg sorg ni? Aku dulu pi daftar UiTM Manjung sebatang kara ja... Mak ayah duduk jauh nun di Kuching sana....Huhu... Beza mmg berbeza...Ini tidak adil!
(Tapi kenapa aku rasa begitu kerdil bila berada dgn adik2 ku?)

Jahat x aku, bagi bilik mak ayah duduk hillview and aku pilih pool view...Then bila dah masuk bilik buat2 tya ayah, "Ayah nak duduk bilik pool view x?" Sedangkan dah tau dia malas tukar bilik dah....Boleh x...

Bak kata photographer yang snap pic ni..Pose tepi swimming pool utk Majalah Mangga. Sorang Amyza Adnan, sorang Fasha Sandha and sorang lagi Shila Mambo... Hehehe... Siapakah yang berada di kedudukan Shila Mambo itew??? Yang pasti bukan aku.


Kak Pah...we gonna miss u!