Tuesday, September 21, 2010

Selamat Berhari Raya

I really miss it!!! Itu adalah perkara pertama bila buka blogspot. Ramai orang tegur "awat hang x hapdet blog?" Bukan malas, bukan dah boring tapi MASA... Sangat la busy dgn agenda tertentu. Tambahan pulak bulan puasa rasanya x sempat nak pegang laptop pun. And as for now Celcom broadband really sucks..Nak upload satu pic pun ada satu jam.



So sebelum terlambat, sebelum habis bulan Syawal saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Buat Semua Semualah yang membaca blog ni. I rindu la korang2, rindu nak blogwalking mcm dulu2. Maaf untuk Celcom Malaysia juga sebab selalu maki2 bila "kau punya broadband service adalah selambat siput sedut." Damn you Celcom Broadband!!!



Tahun ni sepatutnya raya pertama di kampung family saya di Langgar, Kedah tapi oleh kerana dan sebab cuti cuma 3 hari so saya and hubby decide raya pertama & kedua adalah di Sungai Besar, Selangor and raya ketiga di Kedah. Okay la kot..adil juga la mcm tu. Masih sempat untuk berhari raya dengan family dan bff juga!


Sebab hari raya pertama jatuh hari Jumaat maka baraan kami adalah selepas lelaki selesai solat Jumaat. Hanya sempat 3 buah rumah. Di Selangor, baraan adalah aktiviti ziarah menziarahi dari rumah ke rumah dan selalunya kitaorang pergi in group. Konvoi banyak2 kereta dengan adik beradik hubby yang lain. Even bukan 11 buah kereta adik beradik hubby ikut baraan tapi jalan raya tetap macam rombongan VVIP, hanya kami dan keluarga kami di jalan raya.


Rumah pertama baraan kami adalah rumah Mak Long...Tak boleh belah betul tengok yang baju peach tudung peach di hujung itew duduk bersimpuh sangat la sopan. Menantu sapa la nih??




Seronok berhari raya. Best ohh beraya di Selangor. Kalau tak percaya kawin orang Selangor.


Part of family and relative. Kulaan Banjar. MIL adalah keturunan Banjar and arwah FIL adalah dari Penang. Maksu, adik kepada arwah pak mertua pun menetap di Selangor and paling cute even berpuluh tahun stay di Selangor loghat utara maintain sampai sekarang. My biras pula ada 2-3 orang yang keturunan Jawa. Meriah kan! Tapi satu ja saya x tau... masak masakan Banjar. Cakap Banjar tau sikit2 dah sekarang. Bangga bangga.



Mak dengan anak dua2 dok jeling berapa ringgit la mak ngah nak bagi duit raya kat kami ni. Money is everything..heheh. -_-


Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Ikhlas: Azalina, Othman & Arianna Irsa





Monday, August 23, 2010

Menu berbuka di kala tak balik kampung

Yesterday plan nak buat nasi daging yang macam Sone pernah tulis dalam entry dia. (Eh kenapa pulak asal makan jer mesti ada sangkut paut dengan Sone???) Tapi disebabkan kesuntukan masa sebab layan anak makan bubur McD sampai sejam tengah hari semalam, maka tak sempat nak belek2 rempah nasi daging bila shopping di Tesco dan tetiba rasa nak buat ikan steam. Terus called hubby minta dia beli siakap kat market sebab kat Tesco ikan siakap besar2 sangat, tak sesuai makan untuk dua orang. Lepas beli sayur lebih kurang terus balik sampai kat rumah 6 lebih, kalut2 masak sebab banyak barang x prepare. Tapi alhamdulillah cun2 je timing untuk berbuka. Dan semestinya kitchen x sempat nak tidy up.


Menu kitaorang sangat la simple saja sesimple hidup kitaorang yang berkonsepkan minimalist. Dalam erti kata lain kitaorang x suka "sesakkan" rumah dengan benda2 yang x diperlukan..Contohnya bunga-bungaan yang hiasan bagai istana... Bukan x nak ada bunga dalam rumah tapi cukup la satu dua bunga yang simple2. Sebab saya dan hubby adalah manusia paling simple. Hehehe...


Okay, menu buka puasa kitaorang di kala weekend yang x balik kampung adalah hanya 3 jenis dishes. Kalau di rumah mak of course buat2 manja minta mak masak macam2. (Tiba-tiba kesian kat mak, ayah, tok dan adik kat kampung sebab tak balik minggu ni.)


Telur dadar


I bagi nama sayur ni as 'simple vege'


Siakap steam.


Yang sebenarnya siakap ni saya belah dua, tapi saja letak mata ikan facing ke atas supaya orang nampak mcm SEEKOR IKAN bukannya SEBELAH IKAN. Untuk resepi ikan siakap steam ni saya letak kat Online Cook Book supaya nanti ahli2 AMT (Ahli Mesyuarat Tingkap) tak kata saya ahli lelap. Saja nak bagi nampak kata ada juga sumbangan walaupun baru sumbang dua entry resepi...Hehehe.. Mai la jenguk2 blog masak2 kami ni.

Sunday, August 15, 2010

Satar Sone

Mula dengar perkataan SATAR ialah semasa terbaca komen kat facebook Puan Sone. Husband dia minta goreng satar untuk berbuka puasa. Macam tu la lebih kurang ayat dia. So tertanya-tanya jugak la what is satar? Kepochi nak ambik tau and Sone dgn bermurah hati buat entry pasal satar. And petang semalam I got one for myself. Beli from siapa lagi kalau bukan dengan Sone. (For kawan2 blogwalking, Sone ialah my schoolmate, bekas wartawan utusan dan isteri kepada Nasmizan Mohammad). Tetapi dia bukanlah penjual satar ya. Dia syok2 saja jual kat kawan2 office dia. Oleh sebab saya nak rasa juga maka Sone pun jual la kat saya. Kira versi frozen punya lah. And I made it as a starter for the berbuka. 1st time makan satar sementelah 1st time tahu ada makanan nama satar. Biasanya satar yang jual kat pasar malam or pasar ramadhan dibungkus dengan daun pisang tapi yang versi frozen ni pakai kulit popiah. Inti dalam adalah ikan + nyiok (kelapa parut). Pendek kata dia mirip otak2 and solok lada..Lebih kurang macam tu la.


Betul kot rupa dia macam ni bila masak. Yang putih2 sikit tu bakar dalam oven, yang garing2 tu digoreng. Saya suka yang goreng sebab more crispy..Or else saya yang tak pandai baking or oven mak saya rosak... Lepas tu adik minta goreng lima biji pulak untuk dia makan atas bas sebab dia nak balik Shah Alam.







And this is our main course for the berbuka.Semalam mak buat nasi ayam. Simple ja menu kitaorang. Kebetulan adik saya pun balik kampung minggu ni and semalam dia dah nak balik Shah Alam and dia kata nak makan nasi ayam so mak pun masak lah nasi ayam. Sebenarnya tak la se'simple' ini menu kitaorang. Ada lagi sup, cili and kicap tapi yang ditunjukkan hanyalah nasi + ayam dah nama pun nasi ayam.


Saya ni bukanlah jenis yang beriya makan bila berbuka sebab sebaik azan terus minum air then buah kurma seterusnya jamah nasi. Selalu berleter kat hubby bila beli 3-4 jenis kuih kat bazar. Saya tak makan pun kuih muih tu kecuali kalau balik kampung mak yang sediakan dengan air tangan dia sendiri. Saya prefer NASI bila berbuka... It's not about I'm tasteless tapi mungkin dah biasa makan manis2 selepas makan. Kalau tak ada pun tak kisah. Yang penting air dan main course. Cukup.

Monday, August 9, 2010

Pagi Isnin Yang Penuh Debaran

Hehehe...Best best best... Nak tau apa dia? Today I attended an interview at Majlis Bandaraya Alor Setar....Interview ja pun kan, belum dapat lagi. Suka ja nak over canang sana sini. Tapi memang agak best la sebab this year, this is the 1st time my name shortlisted for interview with Gomen. Masa dpt kol pun tak ingat bila aku ada apply untuk jawatan ni. Akauntan Gred 41. Sumpah lupa. Rasanya dalam bulan August last year and since 6 months after closing date still x de khabar berita maka I assumed that my application was unsuccessful. Tak sangka pulak last week dapat call suruh datang interview..Best best best... Kawan-kawan...Tolong la doakan aku dapat kerja ni.


Tapi yang tak bestnya adalah...Candidates yang datang adalah lebih kurang 20 orang, and nak pakai seorang saja. Nak nak aku nampak ada 3 orang candidates lelaki, lagi la aku rasa peluang sangat la TIPIS... Then bila masuk bilik menunggu, ada pulak 2 orang staf MBAS interview untuk post yang sama... Semangat mula merudum. Memang sedari pagi tadi bangun2 tidur terus nervous...mandi nervous, siapkan barang2 anak untuk ke TASKA pun nervous, drive pun nervous. Bayangkan la dulu kalau naik kat parking lot City Plaza Tingkat 6 cuma ambil masa 1 minit tapi kali ni 2 minit plus...Awat yang ketaq sangat tak tau???


So, bila turn aku dipanggil, aku masuk ke dalam dengan Bismillah and menjadi candidate yang seceria mungkin...Bila diminta cerita perihal diri, aku goreng tak mau2, non stop cerita sampai panel yang interview mencelah baru aku stop. And dia tanya apa tugas2 akauntan, aku confident juga jawab. Ditanya ada berapa kerajaan dalam Malaysia pun dapat jawab...Ditanya lagi kawasan manakah under bidang kuasa MBAS pun dapat jawab... Namakan lain2 PBT dalam Negeri Kedah pun dapat jawab. Cuma satu ja...Hasil2 MBAS... Aku ni cerita la bagai cukai pintu, lesen, lesen iklan, lesen penjaja pasar malam, sewa premis....Then aku stop..Kemudian panel tu kata "Itu saja??"...Aku boleh pi sambung "Bayaran masuk toilet kot." Ish boleh keluaq pulak word "kot" itu. Nampak sangat x confident.... Aku lupa nak sebut parking lot and compound!!! Padahal sebelum tu dah study!!! Argggggghhhhh....Tensi tensi!!!! Awat aku boleh jadi pelupa begini.. Tetiba rasa bodoh je...Damn!


And ada lagi la soklan2 lain yang ditanya, kenapa nak kerja dengan MBAS, etc... Yang bestnya dia tengok sijil2 aku dia tanya "Dulu sekolah ASMA ada main band ka. Main instrument apa?" ..Hihi..Bangga seketika jadi ex-band member of SAS. Maklum la sapa tak kenal Sultanah Asma School Band. Then bermula lah sessi sembang2...Sampai masuk ke sessi kartun sponge bob..aku kata aku x tau kartun tu.."Anak saya minat Barney ja"....hahahah....boleh ke gitu..Sembang2 pulak dengan panel interview tu..





Hmmm.... Kawan2....Kawan2 ASMARIAN, tolong doa2kan aku successful dlm interview ni....Kawan blogwalking and sesiapa yang terbaca blog ni...Pls pray for me....Moga aku SUKSES!!! Penat dah dok attend interview ni.

Sunday, August 8, 2010

Menyumbangkan Suara-Suara Sumbang

Me and my BFF Erma @ Che Em memang kaki melalak. Che Em ni bila2 masa saja x kira di mana mesti nak berkaraoke. Aku pun x tau sejak bila dia ni minat karaoke. Seingat aku time study kat UiTM Manjung only once, we went for karaoke together with our BFF, Shasha..And after sekian lama...bila call jer mesti keluar ayat "Eh bila nak karaoke lagi ni?" or "Jom wei karaoke!!!"? And aku pulak since ada hubby yg very the sporting....anytime ja cargas bila org ajak. Bukan hanya dgn Erma but dgn sesiapa saja. Tapi x dak la aku nak buat ghapla pi karaoke dgn lelaki-lelaki yang hubby x kenal. Mostly aku pi dgn ex-colleagues, or kwn2 terdekat and if ada kaum adam yang join hubby mesti dah mengenali org itu atau org itu adalah bf or husband kepada kawan2 aku juga.

Last week I went to KL lagi. Kan minggu sebelum tu dah ke KL...ala..yang masa makan2 dgn BFF at Tenji tu. Kali ni pergi sebab hubby ada gathering dgn kawan2 sekolah dia, Sek Men Teknik Tuanku Jaafar Negeri Sembilan. But aku x join la gathering tu sebaliknya aku kuar dgn Cik Em bertiga dgn Irsa. Hubby Che Em pulak baru discharge from ward and nak have a rest selepas makan ubat prescribed by a doctor. So kami pun "marilah bergoyang".

And Che Em brought me to this venue...



AMP Karaoke Square @ Sunway Pyramid

Karaoke + buffet. Disebabkan tak sampai sejam lepas makan nasi ayam penyet maka kami makan buffet ala-ala kadar ja...Huh..Rugi sungguh. Kalau tau mesti tahan perut x makan sebelum sampai sini.



Kali ni Che Em belanja. Tenkiu my friend. Lihat saja muka Irsa yang monyok @ 1.30am. Mmg letih la sebabkan after long journey from Alor Setar to Kl, we all terus berkaraoke.



Sian Icha x de kawan. Airiel balik kampung. Che Em kata mujur juga anak dia x ikut. Kalau x Airel lah yang conquer mic.



AND


Kami memang boleh 'menjadi' even hanya berdua x kira time...


Semasa Irsa baru berumur setahun satu minggu.



Berkaraoke di e-Box Family Karaoke @ Alor Setar Mall. Kat sini aku boleh dapat discount sbb karaoke ni adalah associate company dgn construction company yg aku pernah kerja dulu. Pendek kata bos yang sama lah. Kalau staff baru masuk kerja tak kenal aku and x nak bagi discount aku direct cari supervisor or manager.



Ini semasa Israk Mikraj bulan May baru2 ni. Yg ni mmg unplanned karaoke. See my hubby serabut balik kerja aku panggil datang sini sbb nak minta dia layan Irsa.






Che Em tobat marah kalau tau aku upload pic ni. Tengok beg plastic kat belakang Icha. Sebenarnya plastic tu berisi 20 bungkus pulut sambal yang Che Em bawak bekal makan dalam bilik karaoke. Kampung betul kami ini. This was what we used to do when kepala otak tak berapa nak center. Plus Alor Setar sangat la memboringkan untuk bershopping.

Wednesday, July 28, 2010

BFF @ Tenji

I had been to KL last week atas undangan kenduri. Tempat kenduri tu kat Rawang but I stayed at my BFF house somewhere in PJ area. Thanks Che Em for the accommodation. Janji nak sampai dlm petang right after Che Em habis kerja tapi pukul 2.30 baru gerak from Alor Setar. Harap2 dapat sampai on time coz dah janji nak makan Japanese Buffet dgn Che Em & Kirah ni. And setelah meredah traffic jam segala bagai dgn minyak kereta yg nyawa2 ikan finally sampai umah Che Em dlm pukul 8 lebih... Lepak2 kejap then we off to Mont Kiara for our buffet dinner.


Perlukah bergambar di samping signboard setiap kali berkunjung ke restoran??







Takkan nak upload semua pic makanan. Cuma nak bagitau yg ini baru 1/10 daripada apa yg kitaorg makan malam tu. Saja nak upload pic yang nampak 'sopan' bila pilih menu. Tapi hakikatnya???



Kalau asal dari kampung memang kampung juga la...Tengok pergi Japanese Restaurant pun cari air kelapa... ayaq nyioq la..... Tak tau la waiter tu berapa kali ulang alik dok mai clear buah2 nyioq yg dah kosong kat table kami.



Bukti kukuh memang kami melantak banyak ayaq nyioq. Cuba kira Ardy minum berapa biji ayaq nyioq. Ini pun x ingat round yang ke berapa.



Co-incidentally met 'Ezza Convent' at that night & sempat lagi bergossip 2-3 benda.



See my BFF Che Em & Kirah (in hijab). Sorry Kirah Che Em dgn aku terpaksa berpakat untuk tipu hang kata pukul 9.00 start padahal 9.30 baru nak start makan. Paham-paham ja la jam hang selalu x sama dengan jam kami. Hehehe..




And the aforesaid kenduri....

Menghadiri kenduri adik kepada seseorang yang dah jadi sejarah hidup saya. "Selamat Pengantin Baru Suri and semoga berbahagia ke akhir hayat". Wah panggil Suri terasa mcm anak Tom Cruise saja.



Orang lain datang kenduri masing-masing bawak balik goodies bag kecik kecik kiut miut...Agak memalukan bila balik dari rumah orang dengan paper bag besar gedabak macam shopping biskut raya saja. Thanks makcik for all the kuih muih..




Wednesday, July 21, 2010

Selamat Meraikan

Saya selalu ada masalah nak tulis blog tapi x tau tajuk. Saya suka tulis dulu panjang berjela upload pic masa nak publish post baru hegeh2 fikir tajuk. Saya suka nak bagitau kamu222 yang saya dah habis ganti puasa. 10 hari.. Lapang segalanya.. Tapi masih rasa terhutang lagi dgn Tuhan. Masa zaman2 nakal zaman sekolah ada juga terbabas, x baik betul. Tapi x pa juga. Sebab every year saya akan ganti puasa lebih dari hari yg betul2 x puasa. Sebab x pernah tulis berapa hari tinggal so saya ganti lebih. Last week directly puasa Isnin sampai Ahad...Kiranya Isnin yang baru2 ni kira macam Hari Raya la kan sebab dah habis puasa. So I chose to berbuka puasa di luar as to celebrate my last day of fasting. I, myself decided the place. Dari pukul 4 petang sampai ke 7 malam x henti2 called my hubby reminded him to balik kerja awal jangan lambat. Okay kita lupakan pasal tajuk entry ni, nak bagitau pasal menu buka puasa I... :)



Kailan tapi bukan campur ikan masin. Tapi masih marvellous.


Tomyam ayam yang x sempat habis sebab malas dah nak makan gara2 buat aksi kejar mengejar Irsa yang tak duduk diam walau seminit





Siakap stim. Ini memang makan sampai habis. I kan white meat lover.



Udang goreng tepung..Awal2 lagi dah habis.







Sotong goreng tepung...Ini pun kalau boleh nak mintak tambah.







Cukup??







Tak pun sebenarnya tapi sebab Irsa buat hal x mau duduk diam nak makan pun x senang so terpaksa la makan cepat2...












Kalau nak mai makan banyak-banyak baju harus longgar especially kat perut. Selalu praktikkan bila makan buffet





Tempat ni namanya OLD VILLAGE. Sapa2 yang anak jati Kedah tu tau kot tempat ni...Padahal I pun baru discover ja..heeee... Pic ni masa adik lelaki saya belanja last 2-3 weeks.


Tenang ja tempatnya bersebelahan Sungai Kedah. Tempat duduk kami pun atas air...wahhh... Tapi satu ja..Servis adalah lambat. Jangan datang dengan perut kebulur.




Kalau kat rumah menu tak sesedap mana tapi masih puas hati sebab managed to cook untuk berbuka even penat balik keja. Mostly menu adalah bergoreng - Ayam goreng, telur dadar, ikan pekasam, sayur lemak kobis. Last but not least rice porridge for the small boss yang sibuk2 nak join.


Yesterday was 20/7/2010... Hampir lupa yang Irsa dah menjangkau 1 tahun 8 bulan....Happy monthly birthday. Nanti cukup dua tahun kena stop BF.


Dia ni memang ala2 ganaz sikit bila main toys. Cepat2 lah besar supaya bila makan di luar akan behave



Oleh kerana meraikan buka puasa dan meraikan Irsa cukup 1 tahun 8 bulan maka tajuk entry adalah "SELAMAT MERAIKAN" as written.


Mintak mahap la noh gambar banyak tak mau2. Malas nak edit put into one pica mcm Sone dgn Ieta selalu buat tu.

Monday, July 12, 2010

Believe it or not?

I juz got this thing - what people called as foot detox patch. It is believe that it can remove toxin from our body. Not too much to convince but I did try for one night during last weekend. Juz patch the foot detox pad under the bottom of my feet and when I woke up tomorrow noon (I used to wake up at noon during weekend except at my in law's house) the result was sooooooo scary. The foot detox pad turned dark. Pity my body.



Should I believe that the toxin really removed from my body through the pore of my bottom feet?







I simply think of a tea sachet... when the tea sachet is not immerse with water, the color of sachet is plain white. So does with this foot detox pad...After 12 hours sleeping and had sweaty feet, the herbal inside the patch would turns to dark as it contacts with water isn't it??? I dunno what the hell of herbs formulated in the foot detox pad but I think I need to do some experiment on it..Like immersing the foot detox pad with plain water or to have better result I would rather use purified water. I'll try someday. Has anyone try this foot detox?

Wednesday, July 7, 2010

Selamat Berpuasa


Hari ini adalah hari kedua saya ganti puasa. Semalam pun puasa tapi x bangun sahur...Macam2 dugaan bila berpuasa di bulan selain bulan Ramadhan. Time2 ni la terbayang mcm2 yang sedap2 yang enak2 yang yummy2...




Semalam mmg plan nak bgn sahur tapi bila alarm bunyi asyik tekan snooze...snooze...finally bangun pukul 7 lebih..sahur ke mana apa ke mana. But puasa tetap puasa.





Pagi tadi pukul 2.15 dah terjaga, mata tak rasa ngantuk pulak. Tapi masih nak bermalas-malasan sementara nak tunggu pukul 4 pagi prepare sahur. Prepare sahur tu mcm la nak masak 2-3 jenis dishes.. Padahal buat telur dadar je. Semalam tgk telur ada 2 biji tapi pagi ni bangun tinggal sebiji saja. Tgk kat plastik sampah, oooo patut la..hubby dah guna sebiji buat masak maggie. Maybe lapar sebab makan awal, seawal saya buka puasa. Dah la telur yg tinggal saiz B...kira saiz kecik la tu..saiz yg orang buat bunga telur kenduri kahwin..So untuk memeriahkan telur dadar saya ubah ke scrambled egg campur carrot campur onion and su hun.. Maka jadi la banyak sikit.






This is not KIMCHI





Si kecik ni pun bangun juga...Buat bising pagi2 buta, main toys and lari sana sini mcm siang hari. Jenuh la mendiamkan mulut dia...

Mimpi apa agaknya dia sampai hyperactive semacam...Gelak2..jerit2...Mujur la dia x minta nak tgk Barney pukul 4 pagi ni. Dah la siap nak makan sekali.. Happy je sebut "rice, rice" masa saya tgh sendukkan nasi ke pinggan.

Alahai..mummy masak nasi sikit ja...Dah la telur pun sikit...Pantang lambat suap je jerit "Nak agi...nak agi!!!" So terpaksa la share dgn budak ni.





Sorry ya..saya x ada masa nak berdandan pagi2 buta..Saya adalah seorang yang selebet



Auntie2...dah habis ganti puasa belum? Mummy Icha baru start ganti. Dia pun x sure dia tinggal berapa hari..Tapi dia kata nak ganti 10 hari.. Icha baru lepas makan..Then poo poo...Eii..apalah I ni kan poo poo pun nak bagitau org..hehe.. Tapi kan mummy x nak wash, dia kejut daddy suruh wash poo poo Icha. Sampai hati kan.. Dia pura2 x abis makan lagi..then daddy yang kena wash...Mummy mmg selalu mcm tu...Shhhh...(Mesti mummy marah Icha bocor rahsia dia).Then Icha main toys lagi..Sampai kena marah dengan mummy...Tapi Icha x peduli..Icha main toys sampai pukul 7 lebih baru Icha tido. Mummy bising2 kata dia nak doze off pun x boleh. Dia nak work lagi..Sorry mummy...



Thursday, July 1, 2010

Tak Sihat Dohhh !!

Semalam gatai nak minum NESTLO. Lepas tu badan & tekak mula rasa x selesa. Padan muka dah tau low blood pressure gagah lagi nak minum minuman bercafein. Yang boleh perasan ada low blood pressure sbb dulu masa kat tempat kerja lama when do month end stock checking, asyik bangun duduk bangun duduk then bila berdiri rasa nak pitam. Pergi check doctor dia kata low blood pressure tapi x serius sgt. Cuma elak minuman bercafein. Masa preggy anak sulung dok pi check BP kat klinik dalam 90/60 tapi rasanya sekarang ni my BP maintain at 100/70 or 120/80. Tapi camna malam tadi boleh rasa mual, loya, nak muntah and even my heart beating faster and faster kalau minum cafein. Adakah I low BP pulak. Padan muka cari pasal lagi minum NESTLO. Sampai ke pagi ni masih rasa mcm nak termuntah pun ada (Tulis blog x sakit ke???). Sakit kepala. Dah la semalaman asyik burp saja sebab angin. Betul ka nescafe tu boleh sebabkan angin? I ni rasa I sihat walafiat tapi sometime kalau bangun berdiri secara mengejut mmg rasa nak pitam. Nampak kelam semua sampai kena pegang dinding takut jatuh. Kalau lepak STARBUCKS or COFFEBEAN (cewah cara cakap mcm selalu ja padahal kdg2) tak akan order coffee or mocha...expresso lagi la tak boleh. Selalu ambik vanilla sebab tau dah kalau minum coffee or mocha lepas tu tak dak mood nak window shopping, badan mula tak sihat. Any advise?

Monday, June 28, 2010

Every 26th

26 haribulan Ogos 2005 adalah tarikh kami diakadnikahkan. Pejam celik pejam celik dah nak dekat 5 tahun kami kahwin and we will celebrate our anny like the other couple do. Tapi setiap 26 haribulan tiap-tiap bulan pun akan celebrate juga. It's our monthly anniversary! Tapi pls pls pls jgn salah faham..no vacation, no exchange gift on our monthly anniversary. Just a dinner for us. Kalau nak bg hadiah pun secara co-incidence. Like after dinner, kitaorg gi shopping ke apa ke..and kalau saya berkenan sesuatu..hubby ckp "Ambik la..hadiah anniversary bulan ni" Tapi x selalu juga pun..Sebab semenjak ada anak ni lepas dinner ja terus balik rumah.



Sesuatu yang boring bila berada di Alor Setar adalah kekurangan tempat makan yang best2. Setiap 26 haribulan saja mesti masing2 tolak sana tolak sini.. "Sayang pilih la tempat nak makan kat mana" and as for my hubby "Kita ikut ja Aza nak pi mana..Anything will do". Lepas tu pulak pakat2 dok lawan siapa yang wish siapa dulu... Siapa yang lambat wish tu kiranya x ingat la tarikh 26hb. Ye la tiap2 kali nak wish kena fikir dulu..Happy 38th month anniversary ka, Happy 26th month anniversary ka, Happy 47th annivesary ka and bla bla bla...Setiap angka tu byk sgt. So kalau nak wish mesti terfikir2 eh yang ke berapa bulan dah ek kawin. Siapa yg cepat wish bangga sangat la sebab cepat ingat bulan yang ke berapa.



Kan besh kalau la kitaorg stay kat KL, mesti byk tempat2 makan yg besh2 yg kitaorg boleh pergi makan2. Ini tak...rasanya hotel2 kat Aloq Setaq ni dah meluat tgk muka kami...Tambah pulak dpt customer yg byk complain mcm saya..Pernah sekali makan steak dekat Star City Hotel I minta done tapi bila food sampai it's medium..Camna nak makan kalau nampak juice kemerah-merahan..Geli aih...And I x akan complaint on the spot.. I minta tambah satu spaghetti..Once spaghetti sampai I cakap kat waiter tu "Yang ni tolong ambik..I minta well done tapi diaorg buat medium" And dia tanya nak diaorang masak balik ke and I cakap x payah (sebab takut staf2 kitchen tu buat pelik2 kat makanan I). Yang pastinya I tak akan makan makanan yang I complaint even diaorg dah buat 'adjustment or alteration' kat food tu. Finally time nak bayar....


Cashier: Steak x payah bayar, chef kata salah diaorg sebab x buat steak tu buat well done.

Me (sambil pura2 baik): Eh x pe la..kitaorang dah makan even half...kat part yg tgh2 je x makan sebab medium, yg tepi2 mmg masak betul

Cashier: Eh x pe2..Ni arahan chef so I x boleh ambil duit ni..Sorry ye...

Me (dalam hati): Lega tapi x tau la dlm hati depa kata apa.


Kat Alor Setar, berapa kerat hotel or restoran best2 yang ada...Kalau rasa2 nak makan Japanese food ada la satu kat sini tu pun gagah2 la menu dia..Restoran tu nama KAEDE. Tapi yg paling heran dalam dok cari2 tempat nak makan Hotel Seri Malaysia kat Jalan Stadium juga yang kami x pernah jejak semenjak kawin. Selalunya lepas dinner saya kata "Next month kita mai makan Sri Malaysia la..Kita x pernah lagi makan kat sini.." Tapi berapa kali next month daaaa... X sampai2 juga sini. Untung kawan2 yang duduk KL... x payah nak susah2 pikiaq nak makan mana..Banyak choice..Tony Roma's Chilli's Victoria Station The Ship Marche Full House TGIF etcetra etcetra.. Hotel pulak bercambah sana sini... And I pulak bulan ni mcm x dak tempat lain. Mungkin ikut rotation this month sampai turn Damiral's Grill (kesiannya Aloq Setaq sob sob sob). Next month buat geram pi KFC ja kot baru tau (Tudia I buat lawak di hari Isnin-mood Monday Blues)













Asal mcm gambar I dgn Icha je yg conquer entry ni? Pity you dad!!!



Happy 58th month anniversary to us. This cutie girl complete us. No matter how cranky she is, how hyperactive she acts and how messy of our house with her toys scattered on the floor she is the one that really make our days brighter. We really love u DAD!!


And for the guys out there, no matter how you celebrate your beautiful moments and no matter how you show it, love and passion is still there. It will be visible trough your emotion from the bottom of truly heart...