Saturday, November 13, 2010

Berliburan di Bandung With BFF

Mid Oct 2010, we had 4d3n vacay to Bandung... Me, Erma and Kirah planned for this trip 5 months before yakni masa Air Asia tgh promo...I dengan Erma dpt tiket murah...Lebih kurang RM600 pergi balik tapi Kirah termahal sedikit sebab lambat click mouse maka tiket dia hanya lagi beberapa hinggit cukup RM1K...Hahaha gelakkan orang...

Tapi dekat2 date utk travel lain pula cerita...I ada meeting yang tak dapat dielakkan yang mana I sekretariat utk meeting tu...Makanya I yang kena burn the ticket and beli tiket baru...Sudahnya tiket sapa yang lagi mahal...Kan dah padan muka. Itu pun meeting x sempat habis I minta keluar awal sbb nak rush ke Penang Airport. 3.00pm baru hegeh2 keluar dari dewan meeting and rush for Penang Airport. Mmg kalut gila sampaikan tukar baju dalam kereta saja. Ok flight Pen-KUL pulak delayed. Mujur lah Miss FS (my travel agent aka my schmate) bagitau flight KUL-BDO pun delayed so I tak kelam kabut sangat.

And I sampai di Bandung lebihkurang jam 12.00 malam waktu Malaysia...Kesian my hubby and BFF semua yang keletihan tunggu I...dengan muka minyak belepat2 semua cukup..And my daughter bukan main lagi...sikit pun tak rindu kat mummy dia ni...Seronok dengan kawan2 agaknya.


Mak angkat pertama Irsa ketika aku x sampai lagi..Comel senyum sepesen bertiga ini.


Inilah mak angkat ke-2 Irsa ketika aku masih belum tiba di Bandung. Waktu ni aku maybe still at LCCT or otw dlm flight yang cuacanya agak buruk. Dah la 1st time travel abroad sorang2, flight asyik "vibrate" saja....



Our vacay started with....Melawat kawah Gunung Berapi






Kebiasaan orang melawat sini bila ke Bandung maka kami turut saja itenerary travel agent. Kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif tapi bila ke sini dapat hidu bau sulfur yang kuat. Tempatnya sejuk bangat!!! Inilah dia Tangkuban Parahu.



Hari hujan tak boleh pergi ladang teh maka henti rehat makan jagung bakar panas-panas. Yang tak makan jagung duduk tepi diam-diam.


Dalam restoran yang kami singgah untuk lunch.


Selepas kesejukan di Tangkuban Parahu dan kesejukan kawasan tanah tinggi sangatlah bertuah dilayan dengan hidangan lunch yang memang tak cukup dengan perut kami. Maka minta tambah ayam goreng lagi...Dan bil tambahan dibayar sendiri oleh kami.



At the entrance FOS "The Secret"


Our 1st visit at Rumah Mode... I sempat shopping baju sikit2 kat sini sbb diberi masa hanya sejam kat sini. Mana cukup time babe.


Mau ke TOKO TIGA yang dikatakan tempat jual Levi's ori lagi murah...Tapi huh....indah khabar dari rupa. Balik dengan tangan kosong dan muka kecewa.




Bukan mudah Daniel nak attach dengan orang lain. Satu peningkatan di situ.


Ini pun...Comel mereka ini berposing tatkala ibu-ibu membuat aduan kepada Travel Agent kami di Malaysia sebab driver tak mau bawak kami ke Rumah Mode. Dia tipu kata ambil masa dua jam.


Breakfast sebelum memulakan agenda percutian seterusnya.


Rahsia...baju baru beli semalam di Rumah Mode...Hari ini sudah pakai. Sebab tak mau bawa baju banyak2. Mujur di dalam ada pakai selapis lagi baju so takda la merasa gatal2 baju baru belum basuh.


At Paris Van Java...Yang ni kami suka...



Kalau mau beli ZARA it's better di tempat sendiri. Di sini agak mahal sedikit.


Che M nak buat pose gadis James Bond ker???


Memang frust bershopping di Bandung. Dalam agenda tulis kami akan dibawa ke kedai menjual handbag dan kasut kulit. Tapi bila sampai saja..."tak boleh pi....taste makcik2 dohh...." Or else pemandu pelancong mmg tak pandai pilih kedai...Frust222 sampaikan minta pemandu pelancong tu bawa kami semula ke FOS, Rumah Mode or tempat2 lain yg better sikit. Tapi dia bagi mcm2 alasan..Sudahnya kami mengadu dekat travel agent kitaorg yg juga kawan sekolah kitaorg. And finally dia kena ikut juga kami nak pi mana.


Atas permintaan ramai kami ke Rumah Mode lagi utk kali kedua. Ok saya pakai baju yang baru dibeli semalam. Dan maybe kena badi Rumah Mode blackout 2-3 kali. And thanks to stroller Irsa sebagai penyelamat warna kasut yang tak match dengan baju.


Nah ambik kau..makan di tempat yang sama untuk 3 kali berturut2 selepas kami komplain makan masakan Sunda yang tak kena dengan tekak kami. Hanya masakan Padang yang kena dengan jiwa raga kami.



Shopping telekung, kebaya di Pasar Baru...Sapa yang nak kawin nak beli kain lace sila ke sini, kain lace murah2 lagi cantik.

Tak tau kenapa kami tiru gaya Icha posing.


Shopping last2 minute mcm ni tak boleh pilih lama2. Fadhlil pening bila anak sudah tidur tapi sang isteri masih mau lihat2 lagi.


Kepadatan kota Bandung

Hajat di hati mau beli kain cotton tapi fikir2 di Malaysia harga turun sudah maka cancel sahaja.


Biasa la wahai Fadhlil bila isterimu itu memilih kain telekung sampai setengah jam. Kau garu kepala mcm mana pun Kirah tak heran punya.


Dah lama mencari jubah ada hood sebegini lepas nampak anak Datin Tiara pakai masa pengebumian arwah Hani Mohsin. Tapi nak cari kaler hitam tapi kaler hitam memang tak dak utk design ni. Kemudian suamiku kata kaler hitam nampak ada unsur-unsur iluminati pulak. Sudahnya tak ambik langsung dan menyesal tak sudah. Siapa2 terjumpa jubah ada hood mcm ni sila beli untuk saya.


Sedang berkira2 mau pilih yang mana untuk emak tersayang dan ibu mertua tercinta.




Hotel kami yang...boleh la sekadar untuk bermalam dan berehat2. Hotel Perdana Wisata.




Sebab flight delayed waktu pulang ke Malaysia maka kami sempat berposing lagi. Hadapan Rumah Gabenor.



Pergi Bandung beli "LV" ohhh buat letak baju busuk...Hahaha.






Daddy...thanks sebab memahami isterimu yang terpaksa delayed the flight. Really appreciate your willing to drive 6 hrs alone with Irsa from AS to KL, and been a "single parents" travelled to Bandung while I was still having meeting at office. Wonder how u drove, how u changed the diaper at R&R, how u stopped by for preparing milk and how u tackled Irsa to keep calm during the journey to KL. (Paling risau masa kat jalan bukit2 and kona2 area Kuala Kangsar.)

Post mortem untuk Bandung???? Cukup saya katakan saya hanya seronok sebab pergi dengan BFF...Kalau nak shopping kat FOS okay, nak beli baju utk baby ok. Kalau yang nak kawin cari kain lace kat Pasar Baru memang ok sangat2 sbb murah dan cantik. Yang tempat jual handbag dgn kasut kulit yang dikatakan best sangat tu....sendiri fikir la. Tempat jual jeans Levi's tu pun, baik beli di tempat sendiri. Nak rasa suasana havoc and tempat high class, sila ke Paris Van Java. Last but not least travel agent kami sms kata "tempat hampa bukan di Bandung....hampa kena pi Hongkong atau Korea".



Thursday, October 7, 2010

Beraya sambil "bercuti di Resort"....Ahaaaa....

Masih lagi entry pasal berhari raya. Tapi kali ni lebih kepada beraya di resort buatan sendiri. Bukan juga nak promote suruh orang sewa homestay ke apa tapi excited nak cerita pasal rumah in law my friend Erma atau lebih suka panggil dia Che Em. Cantik gila vavi. Sebok pulak nak cerita pasal rumah orang, rumah sendiri masih tunggang langgang.

Raya ke-3 lepas kitaorang dijemput oleh Ardy utk attend open house kat kampung dia kat Perlis. Sebelum ni cuma dgr Che Em cerita pasal rumah in law dia, berkali2 dia ajak pi tapi x sampai2. Mujur juga ada alasan beraya so tak dak la malu bila asyik dok usung Nikon ke hulu ke hilir mcm usung anak lagi. Makan tak tera mana tapi posing yang lebih2. Dulu keliling rumah hanya tanah kosong tapi sekarang dikelilingi tasik cantik.


Gilos cantik tak??? Ramai orang dok lalu lalang tertipu ingatkan homestay ka resort ka. Rupanya rumah adik beradik biras ipar duai Che Em.. Kira satu family satu chalet la.. Rumah parents Ardy adalah di depan chalet2 ni. Disebabkan saiz yang sederhana dan tak dapat nak occupied utk anak2 serta cucu2 bila balik kampung maka abg sulung Ardy buat projek ni. Hanya rumah anak2 ja yang dibina dlm konsep chalet. Tapi kalau nak makan nasi apa kena la jalan kaki pi rumah mak ye...


Sebelum nak tinjau2 kawasan kita mukadimah dengan makan2 dulu ye... Open house berkonsepkan BBQ.


Puas dpt ratah ikan bakar...Udang bakar...Ayam panggang... Sate etc...Semua sedap2. Terima kasih tuan rumah Ardy Suhaidy. Tahun depan sila organize lagi. Tapi tahun depan mungkin akan berubah tempat sebab tempat bawah khemah ni akan dibina swimming pool. Yang belakang khemah ni rumah parents Ardy.



Warming up utk aksi photoshoot...Posing dalam rumah Che Em. Teehee jangan tertipu...I jinjat kaki you!!! Baru nampak tinggi sama Che Em.



Dan agenda-agenda bergambar seterusnya..... Layan je la orang gila bergambar ni. Sebab tak payah cuci filem macam kamera dulu2 maka sebab itu tak kedekut, snap pi la berapa puluh kali pun.



Muka teruja macam nak tidur kat sini.


Sepatutnya jadi katil Airiel. Tapi dirasmi dulu oleh Wahida and Wan Afif serta anak2 mereka. Tetiba kat tengah tu anak aku nyeboks saja.



Posing kat verandah belakang rumah Che Em. Cewah sebut verandah...English la konon.



Posing lagi...dengan biras Che Em yang hujung sekali tu and anak2 buah dia.





Memang bukan kitaorang je dok gila bergambar. Cuba tgk mamat baju merah belakang I tue.
Ini dalam rumah abg sulung Ardy yakni pengeluar modal untuk projek ni. So rumah dia best sikit la designnya dari adik beradik yg lain. Kalau org lain semi-d, dia punya banglo and ada banyak bilik dalam rumah ni. Siap ada pantry lagi utk depa nak masak ka apa ka. Tapi kalau aku dapat rumah mcm Che Em besaq rahmat dah. Sapa nak bagi free kan. Sgt la selesa bila balik kampung. Ada king bed, ada queen bed utk anak2, ada aircond, toilet yg sgt menarik design. Complete la pendek kata.



Dalam toilet pun nak melawat kawasan.



Ini tempat shower yg "open concept". Kalau hujan terus tunggu je dalam ni boleh mandi air hujan sampai demam. Jangan ada pesawat latihan lalu atas ni cukup.





Kesian Fadhlil hanya nampak separuh tangan. Eppp... jangan gosip ok jangan gosip..Tak baik tau.



Yang ni baru la betul. Kirah and Fadhlil and their handsome boy Daniel.



The tuan rumah. Si jambu Airiel malu pulak nak bergambaq... Suke pulak tgk pic Erma and Ardy ni. Ala2 lagu Barney "I love you, you love me, we are happy family, with the great big hug and a kiss from me to you, won't you say you love me tooooooo......."




Seterusnya saya dan kesayangan saya!!!



Sudah 11.30 malam cek oiii...Nak balik Aloq Setaq pulak.





Tak payah pergi Langkawi or Pangkor Laut Resort dah...Or nak hebat lagi x payah pergi Sipadan dah...Kat sini pun ada chalet atas air. Bezanya tasik adalah sendiri korek. Kalau sesiapa pergi Perlis pura-pura la ronda dengan kereta atau motor atau nak lagi lama ronda dengan beskal kat Simpang Empat, Jalan Sungai Baru...Boleh la tgk tempat ni.