Saturday, January 22, 2011

Saat Suka Duka Tawa Riang Adalah...

Mula-mula tak terasa sangat tapi bila dekat news feed di FB keluar comment di bawah terasa mcm "boleh tak kalau diaorang delay kan jadual sbb nak masuk nama and nak booking tiket Air Asia sekejap".



Sekali dua news feed keluar hati boleh dipujuk sendiri tapi lama-lama mana boleh tahan babe...lantas buka laptop dan belek2 saat gila-gila suka ria bulan Disember lepas walau duit habis beratus-ratus hanya untuk makan. Itu baru sehari, sedangkan kitaorang beronggeng hampir seminggu berturut-turut. Kenangan yang indah.




Percubaan pertama keluar setelah hubby masing2 memberikan green light. Suker tgk pic Fizah and Fareeza kehairanan sebab portion sayur sangat sikit lantas Fareeza angkat pinggan ke kitchen utk complain. Sahabat yang selamber rock betul...



Ok. Tukang masak cuma tambah tiga ketul brokoli. Tukang masak yang dem!!



Malam masih muda....perut penuh...mungkin perlu exercise. Geng yang sporting. Maka....









Yang bersuami dah diberi greenlight oleh suami masing2 and yang masih single suka hati aku la wei nak pi mana pun...




Tak lengkap kalau karaoke tak nyanyi lagu "anak punai anak merbah...terbang turun buat sarang..anak sungai pun berubah........." Jangan pandang rendah pada gadis moden tau. -_-




Dan juga lagu Goyang Inul (lagu wajib Cik Em)



Diri tak terasa seperti umur awal 30-an bila berada among Asmarians. Kenangan zaman sekolah yang sangat sukar dilupakan. Suka duka sentiasa ada value... Zaman nakal tak siap homework sampai kena panggil dengan Pengetua, zaman kena pakai boots sbb sekolah selalu banjir, zaman kena dgn prefect sbb pakai kutex, pakai kasut hitam pergi sekolah and mcm2 kenangan yang indah yang takkan dirasa oleh pelajar2 skema. Tapi mungkin sbb sekolah semua perempuan maka semua tak segan silu nak jadi otai.




FS, tahun depan tolong lah organize lagi vacation trip for Asmarians batch 96. Ai nak join jugak...ai tak kira. Sebab saat suka duka tawa riang paling sukar dilupakan adalah bersama Asmarians.

Sunday, January 2, 2011

2011 - A Year Ahead

Happy New Year 2011. Wish all of you all the best for the year ahead with new resolution, new spirit as well as new hope and wishes. As for me 2010 left two amazing things happened in my life - that was to be a Government Servant and another thing was dot dot dot... (tak tera mana lama2 nanti tahu juga) and of course the saddest thing in life was....


I let go my Ferio.



My last photo with this sentimental value car...





Sedih tak terkata, sambil balik rumah sambil sedih and I tweeted this on TWITTER. (abaikan twitter Hanis Zalikha di atas, lupa nak crop)





Few minutes later my sis replied which conveyed more sadness in me (:

And my 'cita-cita' for 2011:

1) To be a better wife

2) To be a rajin mummy

3) To manage family's expenditure and husband savings a/c wisely

4) To minimize the timing of lipat kain yang sudah dibasuh (paling lama is satu hari instead of satu minggu)

5) In work - To reduce tunggakan cukai pintu. (Gonna be killed if this is not working)

6) Nak bagi adik untuk Irsa :P (InsyaAllah)

Thursday, December 23, 2010

Bekerja Sambil Beramal

Kerja itu ibadah. Instead of doing office work, attend meeting yang tak habis2... rasa seronok pulak bila kena cuci sampah tepi jalan. Itu pun satu ibadah. Dulu tok saye selalu kata org yg buang halangan (mcm ranting yg dok tengah2 jalan tu...yang halang org utk lalu lalang tu) akan dapat pahala. Hmm... Senang betul nak dapat pahala.


This is one of Local Agenda untuk Majlis Bandaraya Alor Setar. Even MBAS dah privatize untuk kutipan sampah tapi bila sebut pasal sampah mesti dihubungkait dengan MBAS. Maka semua staf tak kira pangkat darjat keturunan diarah untuk gotong royong kawasan MBAS. 16 Dis 2010 tarikh dipilih. Cuti dibekukan.



We were divided into groups. Satu group lebih kurang 40 org. Dengan rasa nak tergelak, nak bagitau I adalah Ketua Kumpulan...Jangan x pecaya...Kecil2 cili padi!


Semua kena naik lori. Mujur group I dapat lori tanah bukan lori sampah.


Saya pun naik lori.. Tapi saya x duduk di belakang. Saya dgn staf saya yang sorang ni duduk tepi apek driver. Much more comfy.




Part of my team...







Nasib la kaum lelaki kena 'spotlight' mentari pagi. Bila jumpa pokok rasa mcm baring atas tilam Vono dan rasa dingin LG aircond dgn inverter.



Jangan ada riak di hati bila membuat amal.



Bandaraya bersih semua senang hati :)



Inilah kawasan yang kami kena cuci. Mujur juga saya dapat kawasan yang sedia2 bersih..Tak la seteruk mana. Dari Titi Pekan Melayu sampai la traffic light Simpang Kuala. Warga Aloq Setaq, agak lak sendiri jauh mana jaraknya.

Sebenarnya selepas habis sesi gotong royong ada makan2. Datuk Bandar buat jamuan dengan menumbangkan sekoq lembu. Sebab capek, maka tak sempat nak berfoto-fotoan ambil gambaq makan. Muka buruk kalau ambil. Last but not least thanks to my team for your generous co-operation.




Saturday, November 13, 2010

Berliburan di Bandung With BFF

Mid Oct 2010, we had 4d3n vacay to Bandung... Me, Erma and Kirah planned for this trip 5 months before yakni masa Air Asia tgh promo...I dengan Erma dpt tiket murah...Lebih kurang RM600 pergi balik tapi Kirah termahal sedikit sebab lambat click mouse maka tiket dia hanya lagi beberapa hinggit cukup RM1K...Hahaha gelakkan orang...

Tapi dekat2 date utk travel lain pula cerita...I ada meeting yang tak dapat dielakkan yang mana I sekretariat utk meeting tu...Makanya I yang kena burn the ticket and beli tiket baru...Sudahnya tiket sapa yang lagi mahal...Kan dah padan muka. Itu pun meeting x sempat habis I minta keluar awal sbb nak rush ke Penang Airport. 3.00pm baru hegeh2 keluar dari dewan meeting and rush for Penang Airport. Mmg kalut gila sampaikan tukar baju dalam kereta saja. Ok flight Pen-KUL pulak delayed. Mujur lah Miss FS (my travel agent aka my schmate) bagitau flight KUL-BDO pun delayed so I tak kelam kabut sangat.

And I sampai di Bandung lebihkurang jam 12.00 malam waktu Malaysia...Kesian my hubby and BFF semua yang keletihan tunggu I...dengan muka minyak belepat2 semua cukup..And my daughter bukan main lagi...sikit pun tak rindu kat mummy dia ni...Seronok dengan kawan2 agaknya.


Mak angkat pertama Irsa ketika aku x sampai lagi..Comel senyum sepesen bertiga ini.


Inilah mak angkat ke-2 Irsa ketika aku masih belum tiba di Bandung. Waktu ni aku maybe still at LCCT or otw dlm flight yang cuacanya agak buruk. Dah la 1st time travel abroad sorang2, flight asyik "vibrate" saja....



Our vacay started with....Melawat kawah Gunung Berapi






Kebiasaan orang melawat sini bila ke Bandung maka kami turut saja itenerary travel agent. Kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif tapi bila ke sini dapat hidu bau sulfur yang kuat. Tempatnya sejuk bangat!!! Inilah dia Tangkuban Parahu.



Hari hujan tak boleh pergi ladang teh maka henti rehat makan jagung bakar panas-panas. Yang tak makan jagung duduk tepi diam-diam.


Dalam restoran yang kami singgah untuk lunch.


Selepas kesejukan di Tangkuban Parahu dan kesejukan kawasan tanah tinggi sangatlah bertuah dilayan dengan hidangan lunch yang memang tak cukup dengan perut kami. Maka minta tambah ayam goreng lagi...Dan bil tambahan dibayar sendiri oleh kami.



At the entrance FOS "The Secret"


Our 1st visit at Rumah Mode... I sempat shopping baju sikit2 kat sini sbb diberi masa hanya sejam kat sini. Mana cukup time babe.


Mau ke TOKO TIGA yang dikatakan tempat jual Levi's ori lagi murah...Tapi huh....indah khabar dari rupa. Balik dengan tangan kosong dan muka kecewa.




Bukan mudah Daniel nak attach dengan orang lain. Satu peningkatan di situ.


Ini pun...Comel mereka ini berposing tatkala ibu-ibu membuat aduan kepada Travel Agent kami di Malaysia sebab driver tak mau bawak kami ke Rumah Mode. Dia tipu kata ambil masa dua jam.


Breakfast sebelum memulakan agenda percutian seterusnya.


Rahsia...baju baru beli semalam di Rumah Mode...Hari ini sudah pakai. Sebab tak mau bawa baju banyak2. Mujur di dalam ada pakai selapis lagi baju so takda la merasa gatal2 baju baru belum basuh.


At Paris Van Java...Yang ni kami suka...



Kalau mau beli ZARA it's better di tempat sendiri. Di sini agak mahal sedikit.


Che M nak buat pose gadis James Bond ker???


Memang frust bershopping di Bandung. Dalam agenda tulis kami akan dibawa ke kedai menjual handbag dan kasut kulit. Tapi bila sampai saja..."tak boleh pi....taste makcik2 dohh...." Or else pemandu pelancong mmg tak pandai pilih kedai...Frust222 sampaikan minta pemandu pelancong tu bawa kami semula ke FOS, Rumah Mode or tempat2 lain yg better sikit. Tapi dia bagi mcm2 alasan..Sudahnya kami mengadu dekat travel agent kitaorg yg juga kawan sekolah kitaorg. And finally dia kena ikut juga kami nak pi mana.


Atas permintaan ramai kami ke Rumah Mode lagi utk kali kedua. Ok saya pakai baju yang baru dibeli semalam. Dan maybe kena badi Rumah Mode blackout 2-3 kali. And thanks to stroller Irsa sebagai penyelamat warna kasut yang tak match dengan baju.


Nah ambik kau..makan di tempat yang sama untuk 3 kali berturut2 selepas kami komplain makan masakan Sunda yang tak kena dengan tekak kami. Hanya masakan Padang yang kena dengan jiwa raga kami.



Shopping telekung, kebaya di Pasar Baru...Sapa yang nak kawin nak beli kain lace sila ke sini, kain lace murah2 lagi cantik.

Tak tau kenapa kami tiru gaya Icha posing.


Shopping last2 minute mcm ni tak boleh pilih lama2. Fadhlil pening bila anak sudah tidur tapi sang isteri masih mau lihat2 lagi.


Kepadatan kota Bandung

Hajat di hati mau beli kain cotton tapi fikir2 di Malaysia harga turun sudah maka cancel sahaja.


Biasa la wahai Fadhlil bila isterimu itu memilih kain telekung sampai setengah jam. Kau garu kepala mcm mana pun Kirah tak heran punya.


Dah lama mencari jubah ada hood sebegini lepas nampak anak Datin Tiara pakai masa pengebumian arwah Hani Mohsin. Tapi nak cari kaler hitam tapi kaler hitam memang tak dak utk design ni. Kemudian suamiku kata kaler hitam nampak ada unsur-unsur iluminati pulak. Sudahnya tak ambik langsung dan menyesal tak sudah. Siapa2 terjumpa jubah ada hood mcm ni sila beli untuk saya.


Sedang berkira2 mau pilih yang mana untuk emak tersayang dan ibu mertua tercinta.




Hotel kami yang...boleh la sekadar untuk bermalam dan berehat2. Hotel Perdana Wisata.




Sebab flight delayed waktu pulang ke Malaysia maka kami sempat berposing lagi. Hadapan Rumah Gabenor.



Pergi Bandung beli "LV" ohhh buat letak baju busuk...Hahaha.






Daddy...thanks sebab memahami isterimu yang terpaksa delayed the flight. Really appreciate your willing to drive 6 hrs alone with Irsa from AS to KL, and been a "single parents" travelled to Bandung while I was still having meeting at office. Wonder how u drove, how u changed the diaper at R&R, how u stopped by for preparing milk and how u tackled Irsa to keep calm during the journey to KL. (Paling risau masa kat jalan bukit2 and kona2 area Kuala Kangsar.)

Post mortem untuk Bandung???? Cukup saya katakan saya hanya seronok sebab pergi dengan BFF...Kalau nak shopping kat FOS okay, nak beli baju utk baby ok. Kalau yang nak kawin cari kain lace kat Pasar Baru memang ok sangat2 sbb murah dan cantik. Yang tempat jual handbag dgn kasut kulit yang dikatakan best sangat tu....sendiri fikir la. Tempat jual jeans Levi's tu pun, baik beli di tempat sendiri. Nak rasa suasana havoc and tempat high class, sila ke Paris Van Java. Last but not least travel agent kami sms kata "tempat hampa bukan di Bandung....hampa kena pi Hongkong atau Korea".